Piza Golden Fortune Sajian Terbaru Dari Pizza Hut

Pic_02 copy

Pizza Hut meraikan kehadiran Tahun Baru Cina dengan ciptaan terbarunya, piza Golden Fortune, dengan membawa peminatnya untuk berkongsi kemesraan dan kemeriahan dengan satu piza yang sangat enak!

Piza tahun baru ini menawarkan kelazatan yang pasti memuaskan selera setiap peminat. Dengan kerak unik berintikan keju 3 perisa yang lembut lagi enak, kepingan salami ayam, isi ketam, hirisan cendawan serta nenas keemasan dan limpahan perisa lain di atas sos limau berempah yang menyamankan.

Pic_05

 

Dipadankan dengan hidangan sampingan terbaru, Sajian Fortune (Fortune Platter) yang mengandungi bakul tortilla rangup berintikan ayam, bijan dan juga salsa tomato, kentang criss-cut, bebola dim sum, roti bawang putih kegemaran ramai, tidak lupa juga potongan timun dan lobak merah segar lengkap dengan sos cili untuk mencicah. Kombinasi meriah ini bukan sahaja menawarkan keenakan yang berganda, malah menjadikannya hidangan istimewa yang wajib dikongsi bersama di musim perayaan ini. Minuman Fizz Fortune yang menggabungkan campuran air berkarbonat perisa stroberi Mirinda, jus mangga pekat, daun pudina dan biji selasih, menyerlahkan lagi hidangan istimewa ini.

Dengan slogan “Eratkan Kemesraan. Rasai Kelazatannya”, piza ini menjemput anda semua untuk menikmatinya bersama orang yang tersayang, keluarga dan juga sahabat handai dalam berkongsi kemeriahan tahun baru bersama-sama.

Pic_04

“Kekayaan sejati bukan sekadar memiliki harta dan wang ringgit, tetapi juga memiliki nilai-nilai kekitaan. Di musim perayaan ini, kami di Pizza Hut berharap agar kita semua dapat menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan kesatuan tanpa mengira bangsa atau agama, apabila mereka duduk semeja dan makan piza terbaru kami bersama,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

Piza Golden Fortune boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM28.90 (saiz biasa) dan RM37.90 (saiz besar) untuk hidangan a’la carte. Terdapat juga kombo Golden Fortune yang menawarkan harga yang berpatutan di Pizza Hut. Harga tawaran ini sah untuk semua restoran seluruh Malaysia kecuali Pizza Hut KLCC dan Genting Highlands.

 

Strategi pengiklanan dan promosi untuk Piza Golden Fortune  merangkumi pengiklanan di TV dan akhbar, promosi dalam stor, titik bahan jualan (POSM) serta risalah, dan pengumuman di media sosial untuk pencapaian yang meluas kepada pelanggan. Piza Golden Fortune boleh didapati di semua Pizza Hut di negara ini untuk jangkamasa yang terhad, bermula 9 Januari hingga 16 Februari, jadi jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk menikmatinya serta berkongsi kemeriahan sambutan tahun baru ini!

 

Check Also

BAZAR RAMADAN HABIB Bermula 22 Sehingga 24 Mac 2024

Sebagai persediaan hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi, HABIB berkongsi keterujaan untuk menyambut …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *