Piza Pan Terbaru Dari Pizza Hut Tambah Kelazatan Serta Kepuasan Terjamin

Pic 1

Pizza Hut Malaysia komited untuk menjadi peneraju restoran piza yang utama di Malaysia, dengan ikrar untuk menyajikan Piza Pan yang baru dan  dipertingkatkan serta dijamin akan memuaskan selera pelanggan setianya.

Pizza Hut kini memberi jaminan bahawa Piza Pan akan disediakan secara segar, dengan menggunakan ramuan serta bahan-bahan terbaik dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan piza yang enak dan lazat. Piza Pan baru ini juga didatangkan dengan jaminan kepuasan dan sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan rasa serta kualitinya, pihak Pizza Hut dengan berbesar hati akan menggantikannya dengan piza yang baru secara percuma.

“Sebagai jenama yang sentiasa seiring dengan perkembangan semasa, kami perlu sentiasa memperkenalkan piza baru yang sesuai dengan selera dan citarasa pelanggan kami. Oleh itu kami telah mengambil keputusan untuk memperbaharui komitmen kepada para pelanggan yang kami hargai dengan mempertingkatkan mutu Piza Pan kami supaya rasanya lebih enak, dengan penambahan topping yang lebih banyak serta segar,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

Pic 3

“Pengamatan melalui pengalaman piza yang berbeza telah memberi inspirasi kepada pasukan R&D kami untuk mencipta resepi-resepi baru yang pelbagai. Dengan komitmen untuk menjadikan Piza Pan kami lebih lazat serta menyelerakan, kami telah  menitik beratkan kesegaran kerak piza, menyempurnakan gabungan bahan-bahan segar seperti tomato, herba, rempah ratus dan minyak zaitun bagi menghasilkan sos piza yang lebih bermutu, topping yang lebih bervariasi, segar serta sihat dalam setiap hidangan piza kami,” katanya.

Pelanggan kini boleh memilih daripada 16 jenis topping termasuk Super Supreme yang begitu popular dengan ramai peminat setia Pizza Hut. Tiga jenis piza baru turut diperkenalkan dalam menu baru ini iaitu Meat Lover’s Pesto, Pesto Chicken dan BBQ Chicken.

Pic5

Selain dari Piza Pan baru yang telah ditambah kelazatannya, Pizza Hut juga turut memperkenalkan 18 jenis menu baru yang merangkumi pelbagai jenis pembuka selera, pasta, hidangan nasi, minuman juga pencuci mulut.

Selaras dengan promosi baru ini, satu peraduan akan diadakan dari 12 Ogos 2014 hingga 10 September 2014, yang menawarkan hadiah menarik seperti wang tunai harian sebanyak RM1,000.00 dan hadiah utama yang merupakan wang tunai bernilai RM 10,000.00. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM30.00 (satu penyertaan bagi setiap resit) yang termasuk produk Piza Pan. Peserta dikehendaki menghantar penyertaan mereka melalui WhatsApp (menggunakan telefon bimbit) atau melalui pos biasa.

Pic 4

Bagi menghangatkan lagi promosi ini, Pizza Hut juga akan mengedarkan lebih daripada 33,000 keping piza percuma (100 keping piza di setiap restoran) pada 14 Ogos, 2014 bermula dari jam 12 sehingga pukul 12:30 tengahari. Pastikan anda tidak ketinggalan dan bersiap sedialah di restoran Pizza Hut yang berdekatan bagi menikmati keenakan piza percuma ini!

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *