PRETTY SUCI Perkenal Destinasi Kecantikan Halal Secara Online

Prettysuci.com, kedai online kecantikan dan penjagaan kulit terbaru khusus produk diiktiraf halal telah dilancarkan. Idea disebalik penubuhan kedai online ini lahir daripada dua usahawan wanita yang gemarkan kecantikan, di mana ia menawarkan pelbagai produk kecantikan halal buat semua bukan sahaja dari Malaysia bahkan dari serata dunia seperti Australia, USA, Taiwan, Korea dan Indonesia.

Jenama seperti Make Over dan Wardah (Indonesia), Naveen (Taiwan), Amara Halal Cosmetics dan Tom’s Of Maine (USA), Kester Black (Australia), Talent Cosmetics (Korea) dan Prettysuci, So.Lek, Naelofa, Marcella + Co, Sorfina Hal dan Imaan Suci (Malaysia) telah mendapat sambutan hangat dari pengguna di negara masing-masing, kini boleh diperolehi melalui platform yang disediakan oleh Prettysuci.com.

Dengan menghimpunkan pelbagai jenama dari luar, kedai online ini berharap dapat menyediakan pilihan yang hebat, produk berkualiti dengan tarikan antarabangsa. Sesiapa yang melayari Prettysuci.com pasti akan tertarik dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan bermula dari produk penjagaan kulit kepada maskara dan gincu bibir, kepada bedak asas dan pelembab serta pengilat kuku halal.

Tarikan produk halal ini juga menjangkaui peminat bukan Islam di serata dunia. Perkataan “halal” – yang bermaksud “dibenarkan” di dalam bahasa Arab – merujuk kepada perbuatan harian serta barangan (makanan dan bukan makanan) yang bebas daripada asas haiwan dan isi kandungan yang merbahaya seperti alkohol. Di samping itu, produk penjagaan kulit dan kecantikan haruslah cruelty-free. Oleh itu, produk ini menjadi tarikan buat pengguna Islam serta bukan Islam dan sesiapa sahaja yang gemarkan produk berteraskan kesihatan, holistik dan cara hidup yang alami. Kebangkitan barangan kecantikan dengan unsur organik, tumbuh-tumbuhan dan cruelty-free menunjukkan bahawa terdapat kesedaran yang tinggi di kalangan pengguna yang mahukan maklumat berkenaan isi kandungn sesuatu barangan dan produk halal merupkan pilihan terbaik buat mereka.

Di Sebalik Prettysuci

Prettysuci merupakan ilham dua usahawan wanita muda, YM Tunku Dato’ Kaiyisah Tunku Kamil Ikram dan Natasha Dato’ Sri Mohammad Ozeir, penggemar barangan solekan yang mahukan kecantikan halal diangkat ke persada global dan menyediakan platform buat kaum wanita di serata dunia yang ingin memilikinya. Tunku Kaiyisah merupakan seorang yang peka dengan alam sekitar dan dengan kepakaran dalam bidang PR yang dimilikinya, beliau telah Berjaya mengumpul dana berjumlah RM3 juta buat Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) pada tahun pertama. Natasha pula mendapat perhatian dalam bidang pekerjaan yang diceburinya di mana beliau berjaya mendapatkan kontrak pembangunan kos rendah bernilai RM197 juta. Kedua-dua mereka merupakan pemilik sebuah syarikat konsultan kredit yang menyediakan perkhidmatan profesional kepada 3 syarikat telco terbesar negara. Mereka merupakan usahawan wanita yang berjaya dan telah cemerlang dalam bidang masing-masing dan kini ingin mengembangkan sayap dengan daya kreatif yang dimiliki dan misi inovatif pada industri kecanttikan global bagi memenuhi permintaan pelanggan Prettysuci.

 

www.prettysuci.com

https://www.facebook.com/prettysucimalaysia/

https://www.instagram.com/prettysuci/

 

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *