Program Realiti Raja Lawak Astro Kembali Lagi

[media-credit name=”raja Lawak 6″ align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

Setelah menobatkan Man atau nama sebenar Abd Rahman Kassim sebagai juara Raja Lawak Astro bagi musim yang kelima, program realiti untuk mencari pelapis pelawak di Malaysia popular ini kembali untuk memulakan penjajahan sesi uji bakat ke beberapa lokasi terpilih seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Bagi meneruskan lagi usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan komedi yang berkualiti secara berterusan, beberapa pembaharuan utama akan diperkenalkan untuk musim terbaru bagi memastikan kandungan yang ditawarkan terus segar dan selari mengikut peredaran industri lawak jenaka yang semakin rancak berkembang.

Untuk program Raja Lawak Astro Musim 6 ini, para peserta yang terpilih akan dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh tiga orang pelawak tanah air. Kesemua mereka telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai ‘Cif Kecik’ yang mana setiap mereka akan menjadi penasihat untuk peserta-peserta yang berada di bawah pemerhatian masing-masing sebelum mereka bersedia mengadakan persembahan mingguan. Manakala ‘Cif Besar’ pula akan dilantik untuk memantau kesemua ‘Cif Kecik’ dan barisan peserta yang terlibat di bawah pengawasan mereka.

Kehadiran pelawak-pelawak ini bukan sekadar untuk berkongsi nasihat dan memberikan galakan motivasi serta tunjuk ajar kepada peserta di bawah jagaan masing-masing tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada mereka.

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro Musim 6 ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima 3 minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Sesi ujibakat akan memulakan penjelajahannya pada setiap minggu (Sabtu & Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di lokasi berikut:

8 & 9 Oktober 2011 – Godown Ampitheater, Kuching Waterfront, Sarawak

15 & 16 Oktober 2011 – 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah

22 & 23 Oktober 2011 – Prangin Mall, Pulau Pinang

29 & 30 Oktober 2011 – Mega Mall, Kuantan, Pahang

12 & 13 November 2011 – SACC Mall, Shah Alam, Selangor

19 & 20 November 2011 – Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor

Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Program Raja Lawak Astro Musim 6 bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 13 Januari 2012 secara eksklusif di astro Warna menerusi Saluran 132 dalam Pakej Mustika.

Dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Astro.

 

 

Check Also

BAZAR RAMADAN HABIB Bermula 22 Sehingga 24 Mac 2024

Sebagai persediaan hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi, HABIB berkongsi keterujaan untuk menyambut …