QODY, WANIE & FAREEZ Layak Ke Final Mentor Milenia

Teka teki sudah terjawab! Tahniah kepada Wanie (Black), Qody (Black) & Fareez (Hazama) kerana berjaya menewaskan Zetty (Azlan) dan Ebba (Akim) untuk melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 6 Mac 2016 nanti.

Selepas lima saingan yang telah berlangsung, akhirnya hanya tinggal Wanie dan Qody dari Kumpulan Black serta Fareez dari Kumpulan Hazama yang masih bertahan untuk merebut gelaran juara Mentor Milenia sekaligus membawa pulang sebuah trofi dan juga hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000!

Wanie - Juara Konsert Mingguan (Separuh Akhir)

Separuh akhir Mentor Milenia menyaksikan persaingan yang sangat sengit antara kelima-lima protege. Selain bernyanyi secara solo, mereka juga berduet dengan artis pilihan untuk membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha menempah tiket ke peringkat akhir.Wanie yang muncul sebagai juara mingguan pada hari Ahad lepas sekali lagi berjaya mencuri tumpuan barisan juri dan juga para penonton. Prestasi Wanie sangat konsisten sejak permulaan pertandingan dan konsep persembahan yang menggunakan elemen Cabaret dengan penampilan istimewa daripada Farhan dan Achey sangat terhibur dan menerima pujian yang tinggi daripada juri.

Qody pula telah menunjukkan sisi yang berlainan apabila memilih Haiza sebagai pasangan duet serta mendendangkan lagu dangdut. Fareez juga kelihatan lebih yakin di atas pentas dengan elemen lakonan dan juga Muay Thai dalam persembahan nyanyiannya.Berikut ialah senarai para protégé dan lagu yang dinyanyikan secara solo dan duet bersama artis pilihan mereka:-

PROTÉGÉ MENTOR TAJUK LAGU / PENYANYI ASAL
Zetty & Awera Azlan Ku Akui (Hafiz Suip) & Sejati (Wings)
Fareez & Eyza Bahra Hazama Berhenti Berharap (Sheila on 7) & Mentera Semerah Padi (Datuk M.Nasir)
Wanie & Farhan Black Diam Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram) & Medley Bujang Dara (Sam Saimun) & Nilai Cinta (Saloma & Ahmad Daud)
Qody & Haiza Black Medley Hakikat Sebuah Cinta & Gerhana Cinta Luka ( Iklim) & Dag Dig Dug (Haiza)
Ebba & Azhael Akim Terukir Di Bintang (Yuna) & My Heart (Acha Saptriasa & Irwansyah)

Tirai konsert separuh akhir Mentor Milenia dibuka dengan persembahan istimewa daripada pengacara Mentor Milenia sendiri, Marsha dan Issey dengan lagu Paling Comel.Turut memeriahkan suasana di studio ialah segmen peserta uji bakat pilihan iaitu Arif yang juga merupakan rapper busker dengan persembahan lagu Medley Syukur & Chantek (Altimet). Persembahan penutup diakhiri dengan rangkaian lagu popular Akim iaitu Bengang dan Inilah Cinta oleh kesemua protege.

Jika sebelum ini keputusan protégé hanya ditentukan oleh jumlah markah juri awam dan undian daripada penonton, bagi peringkat separuh akhir dan konsert akhir Mentor Milenia, juri profesional telah dijemput untuk membuat penilaian. Jumlah permarkahan dibahagikan kepada juri profesional (50%), juri awam (20%) dan jumlah undian daripada penonton sebanyak 30% menerusi laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia).

Fareez

Juri profesional untuk separuh akhir Mentor Milenia ialah Ajai dan Azmeer.Mentor Milenia yang dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh menyaksikan empat mentor dengan barisan protegenya berentap untuk merebut gelaran juara Mentor Milenia dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100, 000.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, program Mentor kini dianggap nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan pada amnya. Lebih membanggakan, Mentor Legend telah diangkat sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015. Selepas mengharungi tujuh musim yang memberangsangkan, Mentor muncul dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.

Qody

 

Nantikan konsert akhir Mentor Milenia yang akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada 6 Mac 2016 (Ahad), jam 9.00 malam – 11.30 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protégé disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *