Raikan Tahun Baru Cina Ini Dengan ‘Ayam Golden Wrap’ Dari KFC

Pic_01 copy

KFC menyambut ketibaan Tahun Baru Cina dengan ayam Golden Wrap, yang pastinya akan memberikan pengalaman makan yang bermakna buat semua peminat KFC. Kembali atas permintaan ramai dan maklum balas daripada pelanggan, pasukan pembangunan produk KFC telah memberi nafas baru kepada ayam Golden Wrap yang pernah mendapat sambutan hebat tahun lepas, dengan menampilkan perisa New Orleans – gabungan rasa rempah dan campuran herba Amerika Selatan.

Ayam Golden Wrap adalah dua ketul ayam empuk yang diperap dengan adunan rempah dan herba citarasa New Orleans bersama hirisan cendawan butang dibalut dalam kertas khas yang kemudiannya dimasak sehingga sempurna. Ia sememangnya enak dimakan bersama roti butterscotch yang lazat dan juga hidangan sampingan kegemaran ramai, coleslaw serta kentang putar KFC.

“Rahsia keenakan ayam Golden Wrap terletak kepada perapan istimewa ini. Setelah ayam yang diperap dan dibalut dengan kertas istimewa, rencah-rencah lain akan meresap ke dalam ayam lalu mencetuskan satu kelazatan yang sungguh istimewa,” kata Ling Mee Jiuan , Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Pic_02 copy

“Dengan slogan ‘Benar-Benar Membuka Selera’, pengalaman pertama yang akan anda lalui sebaik sahaja membuka balutan ayam ini adalah aromanya yang memikat sehingga membuatkan anda pasti terliur dengan ledakan perisa yang membangkitkan selera. Pastinya akan membuat anda mahukannya lagi dan lagi!“Kemunculan semula ayam Golden Wrap ini juga membuka peluang kepada semua untuk merasai perisa terbaru New Orleans yang sememangnya enak ini. Kami yakin kemunculan semula produk istimewa ini pasti akan mendapat sambutan baik semua pelanggan kami terutama sekali di musim perayaan ini,” tambah beliau.

Produk ini disasarkan kepada semua penggemar KFC daripada setiap peringkat umur, dan dijual dengan harga yang amat berpatutan. Satu set hidangan menampilkan dua ketul ayam Golden Wrap dan satu minuman Revive (saiz biasa yang boleh juga ditambah kepada saiz besar secara percuma) dijual pada harga RM9.95. Pelanggan boleh memilih untuk menambah hidangan sampingan yang terdiri daripada kentang putar dan roti ban, atau semangkuk nasi dengan tambahan RM1.90 sahaja.

Pic_03 copy

Sementara itu, sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba, KFC menampilkan hidangan Golden Wrap dalam versi ‘Golden Wrap Feast’ iaitu hidangan yang lebih besar untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan. Golden Wrap Feast mengandungi tiga set hidangan ayam Golden Wrap, (enam ketul ayam), tiga keping roti butterscotch, satu kentang putar saiz besar, satu coleslaw besar, satu set kentang goreng, dan sebotol Revive (1.5L) pada harga berpatutan RM39.90. Ayam Golden Wrap juga boleh didapati dalam dua jenis Kombo yang mengandungi  tambahan ayam goreng Original atau Hot & Spicy. Semua harga yang dinyatakan di sini adalah sah di Semenanjung Malaysia (kecuali Legoland , Genting, KLIA dan LCCT).

Strategi pengiklanan dan promosi KFC Golden Wrap merangkumi pengiklanan di TV, radio dan akhbar, promosi dalam stor, titik bahan jualan (POSM) serta risalah, dan pengumuman di media sosial untuk pencapaian yang meluas kepada pelanggan. KFC Golden Wrap akan dijual untuk tempoh dua bulan (atau sementara stok masih ada) di semua restoran KFC di negara ini bermula dari 21 Januari 2014. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk menikmati hidangan ini!

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *