‘Ramah Mesra’ dengan Garnier dan Lisa Surihani

Kelebihan dan keberkesanan jenama telah diakui oleh personaliti tempatan terkenal yang juga duta jenama Garnier, Lisa Surihani. Dalam sesi ‘Ramah Mesra’ dengannya, Lisa menceritakan bagaimana Garnier Light Complete telah menjaga wajahnya agar sentiasa kelihatan cantik menawan dan memberi keyakinan kepadanya untuk melaksanakan segala yang perlu dilakukan setiap hari dengan cemerlang.

Lisa berkata, “Kulit cerah dan berseri adalah satu aset, terutama sekali bagi individu yang bergiat dalam dunia seni seperti saya di mana penampilan perlu dititikberatkan. Dengan wajah tanpa cela, saya rasa lebih yakin dan ini membuat saya rasa ceria untuk melakukan segalanya dengan sebaik mungkin. Menjadikan Garnier Light sebagai sebahagian daripada amalan penjagaan kecantikan saya setiap hari selama enam tahun, saya tahu kulit saya sentiasa dijaga dengan baik.” 

Garnier Light Complete diperkaya dengan bahan yang diperolehi daripada sumber semula jadi, termasuk SnowPine C+, ekstrak yang 10 kali lebih berkesan daripada vitamin C. Produk ini mencerahkan kulit dengan mengurangkan bintik gelap terdahulu dan yang baru sambil mencegah kemunculannya pada masa hadapan yang disebabkan oleh sinaran UV, dimana ia menjadikan kulit lebih cerah dan berseri setiap hari.

Garnier Light Complete boleh mencerahkan warna kulit anda sehingga 2 tona lebih cerah dan menjadikannya sihat dan cantik berseri, dengan keberkesanan yang boleh dilihat dan diukur dalam masa hanya 14 hari. Produk ini dijual pada harga runcit RM20.90 dan boleh didapati di semua pusat jualan runcit utama.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Garnier’s Light Complete, sila ke laman web www.facebook.com/GarnierMalaysia.

 

 

Check Also

iQOO 13: Monster Inside, Dilancarkan di Malaysia

iQOO Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran iQOO 13, telefon pintar baharu yang menetapkan standard prestasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *