Rancangan Mandarin Battle Star Musim Ke-5 Kembali

Mandarin Battle Star Season 5 Press Conference

ENAM BELAS pasukan, 10 episod, 2 pengacara dan 1 pemenang – Rancangan no. 1 edisi permainan buat pelajar sekolah rendah, Mandarin Battle Star kini kembali dalam musim ke-5 dengan menampilkan seorang lagi pengacara baru dan lebih ramai pasukan pelajar yang akan bersaing sengit dalam merebut gelaran juara selain cabaran menarik yang menanti mereka. Rancangan mingguan itu akan bersiaran di ntv7 (Saluran 107) bermula 7 Jun, setiap Sabtu jam 6.00 petang.

Seramai 390 pelajar menyertai sesi ujian bertulis termasuk dari Sabah dan Sarawak namun hanya 16 pasukan terpilih yang terdiri daripada sejumlah 48 orang pelajar yang dipilih menerusi keputusan ujian itu. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang peserta. (Senarai lengkap 16 buah sekolah yang bertanding disertakan di akhir siaran berita ini)

Mandarin Battle Star Season 5 Press Conference2

Para finalis yang menyertai sidang media hari ini di Sri Pentas, Bandar Utama diberikan peluang menonton klip video istimewa sebelum siaran musim kelima ini. Diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan disokong oleh Chinese Language Standardisations Council of Malaysia dan Alumni Association of Kuala Lumpur and Selangor Chinese School Training Teachers, rancangan bersiri berdurasi sejam setiap episod ini akan menguji para peserta dalam soalan berkaitan pengetahuan am, hal ehwal semasa, sejarah dan kesusateraan, matematik, kefasihan bahasa Mandarin dan pengucapan awam.

Mandarin Battle Star Season 5 Hosts - Tan Ley Teng & Dylan Liong2

Rancangan berbentuk mendidik ini ditaja oleh Vitagen yang bakal memberikan peluang kepada para peserta sekolah rendah dari darjah 4 hingga 6 untuk mendapatkan pendedahan dalam menemui pendekatan baru dalam pembelajaran dan memajukan para peserta melalui pelbagai cabaran yang diberikan di dalam rancangan itu nanti.

“Pelajar cilik seperti para peserta kita bakal memerlukan kemahiran kritikal dalam berkomunikasi dan pengucapan awam sementara meningkatkatkan lagi pengetahuan am mereka yang sedia ada termasuklah kefasihan dalam berbahasa Mandarin menerusi pelbagai topik yang disediakan di dalam rancangan Mandarin Battle Star,” kata Lai Cheah Yee, Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama, ntv7.

Lai Cheah Yee, Manager, Brand Management Group, ntv7

“Rancangan ini bukan sahaja diterima baik oleh semua sekolah yang bertanding, guru-guru dan para pelajar sejak musim pertama malah rancangan ini mendapat maklum balas positif dan memberi manfaat serta inspirasi kepada para semua pelajar dan semua yang terlibat di dalam bidang pendidikan kerana kandungannya yang bernas dan praktikal yang memberi pendedahan dalam memperkukuhan pembelajaran mereka,” tambah Cheah Yee.

Musim ini bakal terus membawakan konsep segar dan menampilkan seorang lagi pengacara baru iaitu Dylan Liong yang bakal bergandingan dengan pembaca berita Mandarin 7, Tan Ley Teng yang telah mengacara sejak musim ke-3. Dylan Liong bukan nama asing bagi mereka yang mengenali beliau yang mempunyai pengalaman pengacaraan dalam rancangan seperti Step Forward dan I Wanna Be A Model.

Peserta Mandarin Battle Star musim ke-5 akan diberi ujian baru dalam cabaran harta karun di mana mereka akan di hantar ke kawasan pedalaman selama sehari untuk mempelajari  dan menimba pengalaman mengenai cara hidup dan kebudayaan masyarakat seperti mencanting batik, penanaman padi, pembuatan wau dan layang-layang. Kemudian mereka akan diuji mengenai tugasan berkaitan berdasarkan lawatan dan pemerhatian tersebut.

“Kami sentiasa mempromosi kepentingan tentang pentingya sistem penghadaman yang sihat sebagai sebahagaian daripada kempen kami. Bekerjasama dengan Mandarin Battle Star bukan sahaja memberikan kami saluran untuk mendekati minda anak muda malah kami berpeluang mendidik mereka tentang kebaikan penghadaman yang sihat dengan cara yang menyeronokkan,” kata Pengurus Senior Jenama, Puan Nordina Baharum. “Apa yang lebih penting adalah VITAGEN merupakan minuman susu kultur yang sebenar kerana setiap botol VITAGEN mengandungi berbillion-billion bakteria yang baik”.

Lebih menarik adalah peningkatan hadiah wang tunai kali ini iaitu sejumlah RM53,000 akan diberikan kepada para pemenang untuk membantu mereka dalam program sekolah. Pasukan yang menang akan menerima sejumlah RM30,000, manakala tempat kedua RM10,000, ketiga RM5,000 dan keempat RM2,000. Hadiah saguhati pula ialah kepada pasukan yang tinggal dimana mereka akan menerima RM500.

Saksikan anda menonton Mandarin Battle Star musim 5 di ntv7 (Saluran 107), bermula 7 Jun 2014 setiap hari Sabtu jam 6.00 petang.

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my.

Mandarin Battle Star Musim 5 – Sekolah Top 16

  • SJK (C) CHUNG HWA 1, BUTTERWORTH
  • SJK (C) LI HWA, BUTTERWORTH
  • SJK (C) JIT SIN A, BUKIT MERTAJAM
  • SJK (C) KIM SEN, BUKIT MERTAJAM
  • SJK (C) PAI TEIK, NIBONG TEBAL
  • SJK (C) GUNUNG RAPAT, PERAK
  • SJK (C) SHING CHUNG, SUNGAI SIPUT
  • SJK (C) PEI CHAI, KUANTAN
  • SJK (C) DESA JAYA, SELANGOR
  • SJK (C) TSHING NIAN, PORT KLANG
  • SJK (C) SERDANG BARU 1, SELANGOR
  • SJK (C) YU HUA, KAJANG
  • SJK (C) CHUNG HWA KETIGA, MUAR
  • SJK (C) CHIAN KUO, LEDANG
  • SJK (C) CHI HWA, SANDAKAN
  • SJK (C) SACRED HEART CHINESE, SIBU

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *