Rangkaian produk pelindung solar Daylong™ oleh Galderma

Galderma, syarikat dermatologi Swiss yang menjadi perintis kepada masalah dermatologi di negara ini melancarkan pelindung matahari Daylong™ terbaru bagi penjagaan kulit harian yang terbukti secara saintifik dan mematuhi kepakaran dermatologi.

Dengan pelancarannya di Malaysia, rakyat Negara dapat merasakan pengalaman menggunakan rangkaian produk pelindung matahari Daylong™. Pengguna boleh meneruskan gaya hidup aktif di bawah sinaran matahari tetapi dalam masa yang sama memastikan mereka mendapat perlindungan sepenuhnya dari Daylong™ yang diperakui secara perubatan. Tidak dinafikan sinaran matahari baik untuk kesihatan serta berupaya melancarkan perjalanan darah. Pancaran UV juga penting untuk tubuh bagi merangsang penghasilan vitamin D. Bagaimanapun ia mempunyai risiko termasuk boleh menyebabkan kesan terbakar, cedera atau merosakkan kulit dan pendedahan dalam jangka panjang mengakibatkan kulit menjadi lebih cepat tua dan penyakit kanser.

IMG_4966

Daylong™ adalah rangkaian produk berkualiti tinggi yang dipercayai untuk pelbagai jenis kulit serta sesuai bagi kegunaan seluruh keluarga. Rangkaian produknya termasuk Daylong™ SPF 30 Gelfluid (30ml), Daylong™ SPF 50+ Gel (50ml), Daylong™ SPF 30 Spray (150ml), Daylong™ Kids SPF 30 Cream (50ml), Daylong™ Kids SPF 50+ Lotion (150ml) & Daylong™ After Sun Repair (100ml). Rangkaian losyen pelindung matahari keluarannya diformulasikan secara inovatif yang memberikan perlindungan berkesan serta mengandungi bahan menyuburkan untuk penjagaan kulit berpanjangan.

Losyen pelindung matahari Daylong™ mudah disapu dengan formula tersendiri, tanpa pewangi, mudah menyerap, tidak melekit dan kalis air serta tidak meninggalkan kesan tompokan. Ia terbukti secara perubatan melindungi sel DNA kulit selain membantu mengurangkan kesan kulit berusia disebabkan pancaran matahari. Rangkaian pelindung matahari ini memberikan kualiti optimum dan perlindungan luar biasa bagi melidungi kulit rosak akibat matahari serta mengekalkan kulit cerah, tidak tercela dan kelihatan sihat.

IMG_4997

Kesan perlindungan terkini dan formula inovatif pelindung matahari Daylong™ menepati peraturan yang ditetapkan. Galderma menganalisa sepenuhnya produk dan bahan mereka bagi memastikan pelindung matahari Daylong mampu menghalang kulit rosak akibat matahari selain mengekalkan kulit cerah, tanpa cela dan kulit sihat.

Manfaat Pelindung Matahari Daylong™
Cosmetic evaluations

 

·       Terbukti toleransi kulit yang tinggi

·       Penyerapan terbaik

·       Kulit yang selesa

Diuji oleh saintifik

 

·       Terbukti melindungi kerosakan sel termasuk perlindungan daripada bahan berasaskan UV

·       Terbukti melindungi sel DNA

·       Berjaya mengurangkan proses penuaan sel akibat pancaran matahari

·       Perlindungan efektif terhadap kerosakan tisu sel akibat radiasi IR

IMG_4888

“Selama 30 tahun, Galderma sentiasa komited memberikan inovasi terbaik dalam perubatan dermatologi bagi memenuhi keperluan pengguna di lebih 80 negara di seluruh dunia. Dengan pelindung matahari Daylong™, pengguna boleh mendapat kualiti optimum dan perlindungan yang diyakini untuk kulit kelihatan sihat berpanjangan,” kata Pengurus Besar Asia Tenggara Galderma, Jean-Sebastien Ricard.

Rangkaian produk lengkap Daylong™ kini boleh didapati di semua farmasi utama seperti Guardian. Harga runcit bermula daripada RM90.80 hingga RM109.30.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *