Remy Ishak Mencari Cinta Di Sarajevo

Satu Hari-remy & sara ali

Drama Satu Hari yang telah mula bersiaran di slot Ratu pada 2 Disember lalu kini sudah sampai ke penghujungnya. Drama yang dibintangi oleh pelakon hebat Remy Ishak dan Sara Ali sebagai pelakon utama mengisahkan mengenai Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo setelah isterinya Lia (Rita Rudaini), yang sangat dicintai mengkhianati cinta mereka dan bertemu Sabrina (Sara Ali) sehingga mereka jatuh cinta.

Percintaan mereka diuji dengan berita mengenai penyakit Puteri, satu-satunya cahaya mata hasil perkahwinan Isfahan dan Lia. Kepulangan semula Isfahan dan Sabrina ke Malaysia membuatkan perhubugannya mereka semakin jauh dek kerana kesihatan Puteri yang berada di tahap kritikal dan membuatkan Isfahan memberi sepenuh perhatian kepada Puteri. Lia pula, setelah diceraikan oleh Moez, semakin terdesak dan cuba untuk berbaik semula dengan Is. Lia turut menjadikan Puteri sebagai alasan supaya Sabrina melepaskan Isfahan. Lia yang juga dihimpit rasa cemburu cuba memisahkan Isfahan dan Sabrina. Lia masih berharap bahawa perhubungannya dengan Is akan kembali seperti dulu. Namun luka di hati Isfahan terlalu dalam dan tidak mungkin Lia akan mendapat tempat di hatinya lagi.

Satu Hari-Remy Ishak

Pemergian Puteri telah membuatkan Isfahan lupa pada janjinya terhadap Sabrina. Pertunangan yang dirancang musnah apabila Isfahan tidak hadir pada hari yang ditetapkan. Sabrina yang terluka tekad untuk pergi jauh daripada hidup Isfahan dan pulang ke Sarajevo. Setelah keadaan reda, Isfahan baru tersedar akan janjinya dan mula mencari Sabrina. Isfahan buntu dan kecewa kerana dia masih lagi tidak dapat menjejak Sabrina sehingga ke Sarajevo. Rykarl, kawan baik Isfahan telah memberikan satu idea yang dirasakan akan berkesan jika Is benar-benar ingin mencari Sabrina. Isfahan telah memuat naik satu video โ€œMencari Sabrinaโ€ di Facebook. Video itu telah tersebar dan Sabrina turut menonton permintaan Isfahan yang memohon Sabrina untuk datang menemuinya di Plava Voda, tempat yang menjadi saksi cinta mereka bertaut.

Adakah Sabrina akan melupakan luka yang dicipta Isfahan dan pergi menemui jejaka yang mencuri hatinya di Sarajevo? Segalanya bakal terjawab dalam episod akhir Satu Hari pada 28 Januari ini, Rabu, jam 8.30 malam di TV9. Drama 14 episod ini turut dibantu oleh Rita Rudaini, Miller Khan, Hafizul Kamal dan juga pelakon-pelakon pembantu yang berasal daripada Sarajevo iaitu Mirza Salehozic, Kanita Boskovic dan Elmir Krivelic. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial TV9 iaitu facebook/TV9DiHatiku, twitter dan instagram tv9Malaysia.

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *