Tuesday , March 2 2021

RIBENA Memperkenalkan Minuman Jus Buah Baru Nanas & Markisa

Riang, segar dan penuh kebaikan, minuman jus buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa adalah minuman baharu sedia diminum untuk rakyat Malaysia yang mahu menikmati lebih lagi khasiat kebaikan buah-buahan Ribena®! Nikmatilah sensasi buah-buahan sitrus tropika baru yang enak dengan kualiti yang sama dan rasa menakjubkan yang pengguna harapkan daripada Ribena® – satu-satu jenama sebutan ramai selama 75 tahun!

Langkah berani tersebut menawarkan peminat dua manfaat terbaik sekali gus – rasa segar dan mengujakan minuman buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa dan semua kebaikan ekstrak buah-buahan tulen dengan dos harian penuh vitamin C*. Ujian rasa pengguna yang dijalankan oleh Ribena® mendapati bahawa 67% peserta lebih menggemari campuran buah-buahan tropika Ribena® Buah Nanas & Markisa yang menyegarkan berbanding minuman buah-buahan campuran lain.

* berdasarkan Pengambilan Nutrisi Disyorkan (RNI) Malaysia

“Sejak diperkenalkan ke seluruh dunia 75 tahun lalu, Ribena® tidak berubah daripada kedudukan asalnya, padat dengan Vitamin C. Sepanjang tempoh tersebut, Ribena® berkembang bagi memenuhi keperluan dan perubahan cita rasa pengguna. Justeru itu, kami dengan sukacitanya memperkenalkan perisa baru yang kami percaya akan digemari oleh peminat Ribena® generasi baru,” kata Raymond Khor, Ketua Pemasaran, Suntory Beverage & Food Malaysia. “Minuman buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa merupakan fasa baru bagi jenama ini dan kami amat teruja untuk memulakan siri aktiviti seiring dengan pelancarannya yang termasuk iklan televisyen dan kempen digital untuk mendekati warga muda Malaysia di mana sahaja.”

Photo 1 - Ribena Pineapple & Passionfruit Launch with Champions of Goodness

Wajah Baru Ribena®

Empat wajah baru selebriti terkenal mewakili Jaguh Keceriaan Ribena®. Mereka adalah artis rakaman Fuying & Sam, Hafiz Suip dan Uriah See yang akan menggunakan bakat mereka untuk berkongsi keindahan muzik dengan peminat Ribena®!

Bermula Ogos, ikutlah siri terbaru MeleTOP di Astro Ria, Astro Ria HD dan Astro Hitz yang menampilkan Hafiz Suip dan Uriah See yang mengelilingi negara untuk mencari muzik, bakat dan inspirasi baru dalam kalangan rakyat Malaysia sambil berkongsi rasa hebat dengan minuman buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa.

Seterusnya, peminat akan dapat mendengar lagu baru dan video muzik daripada Fuying & Sam yang menepati intipati dan tenaga minuman buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa menerusi kempen digital.

Dapatkan minuman jus buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa 500ml yang dijual pada harga runcit disyorkan RM3.00 yang boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai/gerai serbaneka di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang Ribena® dan aktiviti akan datang, sila klik ‘like’ pada halaman Facebook Ribena® Malaysia Facebook (www.facebook.com/RibenaMalaysia) atau hubungi Careline di 1-800-38-1231 (Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang).

 

Check Also

“Lipsmate keluaran UFORA rasa seperti tidak memakai lipstik” – Kilafairy

Satu lagi catatan sejarah terpahat dalam karier penyanyi dan pelakon Kilafairy apabila menjalinkan kerjasama dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!