Friday , September 17 2021

Sabun Minyak Argan LFiz Bakal Buat Anda Kekal Awet Muda

Di Morocco, minyak argan biasanya digunakan untuk mencelupkan roti ketika sarapan atau untuk dititiskan pada kousous atau pasta. Oleh kerana minyak argan mempunyai daya khasiat besar, maka hari ini ia telah di eksploitasi dan digunakan bukan sahaja dalam makanan bahkan dalam penghasilan produk kesihatan dan kosmetik.Minyak argan sering dijual dipasaran dalam bentuk minyak tulen . Menyedari betapa besarnya khasiat yang terdapat dalam minyak argan, dua adik beradik yang bergelar usahawan, Hafiz Helmi dan Azmi Helmi telah melancarkan produk sabun badan dan muka LFiz, dengan wangian flora yang mampu mengekalkan awet muda dipasaran awal bulan ini.

Beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati minyak argan mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi yqng mampu membantu melindungi kulit dari kerusakan radikal bebas akibat pancaran matahari. Kandungan vitamin E dan asid lemak dalam minyak argan yang tinggi juga dapat membantu mengekalkan kandungan air di dalam kulit, sehingga mampu membantu untuk melembapkan kulit.

Menurut Azmi Helmi selaku Perunding Pamasaran di LFiz Beauty, proses R&D untuk menghasilkan sabun badan dan muka LFiz mengambil masa selama setahun sebelum terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan ekoran pandemik Covid-19 dan disambung semula selepas tempoh PKP berakhir. Produk sabun badan dan muka L Fiz dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan Oktober nanti dan di jual pada harga RM9.90.

Sabun badan dan muka LFiz ini di formulasikan daripada 16 bahan yang terdiri daripada Glycerin dan Minyak Argan. Glycerin berupaya merawat kulit kering secara efektik selain menjadi agen anti-penuaan. Ia juga dapat membantu untuk megurangkan parut jerawat, mencerahkan kulit serta merawat eczema selain menghidratkan kulit agar sentiasa segar lembut dan licin.

Sementara itu kandungan minyak argan yang kaya dengan Vitamin E di dalam sabun ini pula berfungsi untuk melawan radikal bebas yang menyumbang kepada penuaan kulit wajah. Selain membantu melembapkan kulit, minyak argan juga berfungsi untuk mencerah dan mengembalikan keserian kulit muka serta mempunyai daya pemulihan dengan membantu menghilangkan kesan parut jerawat.

Dengan penggunaan yang kerap, sabun badan dan muka LFiz dapat membantu mengurangkan garis-garis keduatan serta tanda-tanda penuaan pada kulit pra matang, mengembalikan keanjalan serta memperbaiki struktur kulit serta melindungi dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru.

Pihak LFiz Beauty turut melantik beberapa selebriti tanahair seperti Rina EVA, Jaafar Onn, Kathy Azean dan Afiey Utopia sebagai Pengurus Jualan di beberapa kawasan sekitar Bangi, Kajang, Semenyih, Cheras dan Gombak.

Orang ramai boleh menghubungi LPiz Beauty di talian 010-272 7265 atau melayari laman sesawang http://dhcempire.com atau di platform media sosial Facebook LFiz Beauty

Check Also

Temasya Rangkaian (TERANG) 2021 Tampilkan Sekumpulan pengkarya Malaysia

Dalam gelap pandemik, sekumpulan pengkarya hadir membawa TERANG, sebuah Temasya Rangkaian yang meraikan kesejahteraan hidup …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!