Samsung Galaxy Mega Telefon Pintar Pilihan Nana & Aizat

IMG_7337

Samsung Galaxy Mega yang bersaiz 6.3 inci menjadi pilihan bagi Nana Mahazan dan Aizat Amdan. Selain model ini memiliki saiz skrin yang besar ia juga mempunyai beberapa fungsi yang menarik minat mereka untuk memilikinya. Harga telefon pintar ini dipasaran diantara RM1400-RM1700 mengikut spekfikasi.

Kedua-dua selebriti ini mula menggunakan Samsung Mega pada awal September yang lepas. Apabila ditanya mengenai kelebihan telefon ini berbanding yang lain, Nana menjawab “Selain skrin yang besar, kita juga boleh tukar wallpaper,cover serta font mengikut kesukaan kita. Selain itu senang untuk nana melayari internet dan juga instagram walaupun pada mulanya agak janggal kerana skrinnya”.

IMG_7325

“Jika saya pula, saya boleh transfer lagu atau apa sahaja begitu mudah dengan rakan-rakan. Ini kerana kebanyakan mereka juga menggunakan telefon android. Sayaseorang gamer, jadi skrin besar ini memudahkan saya untuk bermain game di telefon ini.Memang amat puas bermain game di Samsung Mega”, tambah Aizat.

IMG_7361

Bagi Aizat dan Nana, Samsung Mega adalah merupakan telefon android pertama yang mereka gunakan. Pada pendapat mereka, aplikasi GPS juga senang digunakan di telefon ini kerana kelebihan saiz skrinnya. Bagi Aizat, beliau memuat turun aplikasi Synthesizer yang memudahkannya mencipta lagu dimana-mana sahaja.

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *