Samsung Malaysia Electronics Meraikan Ketibaan Galaxy Note5 dengan Tawaran Eksklusif!

Samsung Malaysia Electronics Meraikan Ketibaan Galaxy Note5 dengan Tawaran Eksklusif! | Bagi mengalu-alukan kedatangan Samsung Galaxy Note5 yang terbaharu, Samsung Malaysia Electronics menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada para peminat dan pengguna setianya. Bermula 4 September, Samsung akan mengadakan promosi roadshow Galaxy Note5 di tiga lokasi berikut.

Orange Concourse, Sunway Pyramid, Kuala Lumpur  : 4 – 9 September 2015

Concourse Utama, Plaza Gurney, Pulau Pinang                    : 4 – 6 September 2015

Tingkat 3, Concourse Sutera Mall, Johor Bahru                      : 4 – 6 September 2015

2

Aksesori Percuma Menanti Anda!

Perhatian kepada semua peminat setia Samsung! PERCUMA pek bateri 11,300mAH dan pengecas tanpa wayar bernilai sebanyak RM538* apabila anda membeli Samsung Galaxy Note5 atau Galaxy S6 Edge + di lokasi roadshow yang ditetapkan.

*Sementara stok masih ada; tertakluk kepada terma dan syarat sepanjang sesi roadshow

 Promosi Roadshow

Samsung menjemput peminatnya ke promosi roadshow Galaxy Note5 di ketiga-tiga lokasi. Jadilah antara pembeli yang bertuah untuk memiliki Golden Ticket dengan membeli Note5 unit kedua pada separuh harga sahaja.

Orange Concourse, Sunway Pyramid, Kuala Lumpur  : (Hanya pada 4 September 2015)

100 pembeli pertama di barisan untuk membeli Galaxy Note5 akan mendapat diskaun 50% untuk belian unit kedua Galaxy Note5.

Concourse Utama, Plaza Gurney, Pulau Pinang                     : (Hanya pada 4 September 2015)

50 pembeli pertama di barisan untuk membeli Galaxy Note5 akan mendapat diskaun 50% untuk belian unit kedua Galaxy Note5.

Tingkat 3 Concourse, Sutera Mall, Johor Bahru                      : (Hanya pada 4 September 2015)

50 pembeli pertama di barisan untuk membeli Galaxy Note5 akan mendapat diskaun 50% untuk belian unit kedua Galaxy Note5.

1

Promosi Tukar-beli

Samsung turut meraikan pengguna Galaxy Note dengan kempen tawaran tukar-beli yang eksklusif. Bermula pada 4 September, peminat setia Samsung boleh menukar telefon pintar mereka kepada Samsung Note5 yang baharu. Mereka hanya perlu bawa telefon pintar mereka ke tiga lokasi roadshow atau kedai pengedar Samsung terdekat yang sah untuk dinilai bagi mendapatkan diskaun ke atas belian Samsung Galaxy Note5 baharu.

Check Also

HONOR memenangi 45 Anugerah Media di MWC 2024

Jenama teknologi global HONOR telah menerima sejumlah 45 anugerah daripada media global semasa Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *