‘Save Our Rainforest 2015’ – Meninggalkan Langkah Hijau di Darul Ridzuan

10389001_10152913683218026_1024542469270692553_nPertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), salah satu badan NGO di Malaysia yang aktif dalam menkonservasikan hutan simpan, telah mengadakan acara “Save Our Rainforest Race” (SORR) yang ketiga di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak yang menyaksikan penyertaan kira-kira 2700 peserta.

Aktif dengan menjalankan program penanaman semula di hutan-hutan terosot sekitar Semenanjung Malaysia dan pelbagai program kesedaran alam sekitar, PEKA telah mencipta acara “Save Our Rainforest Race” atau lebih dikenali dengan nama “SORR” tiga tahun lepas sebagai simbol untuk berlumba menyelamatkan hutan kita yang semakin berkurangan. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan memelihara hutan untuk membantu mengekalkan persekitaran yang mampan untuk generasi semasa dan akan datang serta memupuk rasa sayang kepada alam semulajadi.

11025626_10152913682118026_3992995278565874300_nKekal dengan konsep menarik seperti acara SORR sebelum ini, peserta program telah menjejaki lintasan 10 km yang merangkumi pelbagai landskap seperti hiking di dalam hutan, lintasan sungai (river crossing), dan penempatan Orang Asli serta perlu menempuh pelbagai cabaran checkpoints yang berunsurkan alam sekitar. Acara ini juga turut menyaksikan sumbangan barangan dapur dari orang ramai kepada 42 keluarga yang menetap di perkampungan Orang Asli disitu.

Acara ini disertai oleh peserta dari pelbagai universiti, syarikat swasta dan orang ramai termasuk beberapa nama terkenal seperti Amy Search dan Nabila Huda,Keith Foo, Hatta Dolmat, Imelda Harris, Kharleez Jaafar dan Thanuja yang turut serta menjayakan kempen kesedaran alam sekitar ini.

10649956_10152913684273026_7094950452912156356_nDengan kerjasama Jabatan Perhutanan Perak dan Angkatan Tentera Malaysia, program eko ini telah mendapat anjuran daripada syarikat terkemuka seperti Tenaga Nasional Berhad (Penaja pokok dan peserta) WOW Mobile, Concorde Hotel dan Resorts & Saloma Theatre Restaurant, Prolintas, Perbadanan Nasional Berhad, Waz Lian Group, Gloria Jeans Coffee Malaysia, Elemental Kreatif Sdn Bhd, Tanah Aina, Proviton – CCM Berhad serta sumbangan-sumbangan daripada pelbagai individu dan syarikat yang lain.

Sejak pertama kali dianjurkan pada 2013 di Hutan Simpan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, dan seterusnya pada tahun 2014 di Hutan Simpan Sungai Besi, Kuala Lumpur telah berkembang dan menjadi satu acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

11102617_10152913670053026_6253629311629373035_n“Kami mendapat inspirasi untuk menganjurkan acara sebegini kerana kami merasakan program penanaman hutan yang telah kami adakan sebelum ini adalah terhad dari segi bilangan peserta yang terlibat. Oleh itu, kami mengadakan acara SORR ini dengan tujuan mewujudkan satu program penanaman semula yang berskala lebih besar dan boleh menarik lebih ramai orang untuk terlibat dengan alam sekitar. Ini merupakan tahun ketiga acara ini diadakan dan kami gembira melihat penyertaan dan kesedaran yang semakin meningkat” ujar Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina, Presiden dan Pengasas PEKA.

“Kami berharap melalui program kami, kesedaran tentang kemusnahan hutan-hutan dapat ditingkatkan sejurusnya tindakan dalam melindungi khazanah negara kita dapat diambil. Pada masa yang sama kami berharap ianya dapat menyumbang kepada usaha pencegahan bencana alam sekitar seperti banjir yang berlaku baru-baru ini” kata Beliau.

9305_10152913680588026_1559677927446139734_nProgram ini telah bermula dengan aktiviti warm-up dan menyaksikan acara flag-off oleh penaja-penaja majlis pada pukul 8 pagi. Program ini bersurai pada jam 2.30 petang selepas majlis penyampaian hadiah dan pingat.

Untuk pmaklumat lanjut tentang SORR 2015 dan PEKA, sila layari www.pekamalaysia.org ataupun ‘follow’ PEKA di http:/www.facebook.com/pekamalaysia .

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *