Sebab Hyunmin-A, Artis K-POP, J.Heart Tertarik Dengan Dato’ Vida?

Dalam sesi video chat antara bintang K-POP J.Heart dan Hyunmin-A pada 30 Disember lalu, Hyunmin yang merupakan anak kelahiran Johor telah ditanyakan soalan mengenai gosip terbaru artis Malaysia yang diketahuinya sepanjang 2015.

Namun, menjawab persoalan tersebut, Hyunmin atau Ajieb Rosdi tidak berapa tahu tentang gosip artis tempatan tetapi amat teruja berkongsi mengenai trademark produk milik Dato Seri Vida iaitu Qu Puteh yang trending di Malaysia.  

Sebaik saja mendengar kenyataan dari Hyunmin, J.Heart yang berada disisi Hyunmin tatkala itu amat tertarik dengan tagline tersebut. Malah, J.Heart turut sama membuat tagline tersebut secara langsung dalam bahasa Melayu.

“Apa  itu? Saya juga mahu jadi putih,” ujar J.Heart selepas menerima penjelasan dari Hyunmin.  

Gara-gara tagline tersebut, J.Heart juga berminat untuk mendekati dan mengenali usahawan popular, Dato’ Seri Vida. Untuk menonton video penuh aksi J.Heart dan Hyunmin-A sepanjang sesi tersebut, anda boleh menontonnya di saluran JHeartnHyunmina di laman YouNow.

Penganjur video chat ini iaitu C2K Entertainment dan Meraki International juga bakal menyiarkan video penuh ini disaluran Youtube yang akan diumumkan nanti.  

Istimewa untuk pembaca Selebriti Online yang dilantik menjadi media rasmi sesi video chat ini, anda boleh menonton video 15 saat J.Heart membuat aksi tagline Dato Vida di laman instagram Selebriti Online.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *