“Seefood”~ 100% Animasi Bakat Tempatan

Setelah berjaya ditayangkan di lebih 90 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia, ‘SeeFood’ yang juga merupakan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia bakal menggegarkan penonton tempatan pada 8 Mac 2012.Filem yang diedarkan dan dipromosikan oleh Grand Brilliance ini amatlah dinanti-nantikan  dan bersedia untuk memukau para penonton dengan gambaran jelas eko sistem laut dan persekitarannya.

Dalam usaha mengekalkan 100% bakat tempatan, Gavin Yap dan Diong Chae Lian merupakan antara penyumbang suara latar untuk watak utama Pup dan Julius yang telah membantu menghidupkan karakter tersebut.

Selain itu, penggambaraan filem oleh studio animasi tersohor Malaysia, iaitu Silver Ant Sdn Bhd telah mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan karya ini. Kajian dan penyelidikan terhadap pelbagai jenis spesies ikan serta persekitarannya telah dijalankan selama tiga bulan di akuarium, kampung di Sekinchan serta pantai – pantai yang terletak di Pantai Timur bagi membolehkan mereka mengenali dengan lebih dekat akan eko sistem sekitar.

Besertakan dua sarikata, Melayu dan Mandarin, SeeFood, akan mula ditayangkan pada 8 Mac 2012, di  65 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei, dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan  Pembangunan Korporasi Multimedia (MDeC).

Sinopsis

Filem SeeFood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.

Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!

[nggallery id=52]

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *