AA_RRDS_Logo

Sepuluh finalis AirAsia Runway Ready Designer Search dipilih oleh panel hakim

Sepuluh finalis AirAsia Runway Ready Designer Search dipilih oleh panel hakim | 

10 finalis AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 yang akan mempamerkan koleksi mereka di pentas peragaan Minggu Fesyen KL Fashion Week RTW 2015 Ogos ini telah diumumkan pada Ahad 28 Jun; membawa impian pereka muda ini menjadi realiti menerusi pencarian pereka fesyen ini.

Sebagai sebahagian dari usaha terus syarikat penerbangan ini menyokong usaha pembangunan bakat muda, AirAsia melancarkan pencarian pereka ini bagi memberi platform kepada pereka muda bagi memaparkan bakat mereka dan menempa nama dalam industry fesyen menerusi kolaborasi strategik bersama pasukan KL Fashion Week Ready to Wear.

Pencarian pereka ini yang telah dilancarkan bulan lepas, dan telah menerima 350 penyertaan dari pelajar-pelajar jurusan rekaan fesyen dan pereka dari seluruh negara dan sejumlah 62 pereka telah di disenarai pendek dan diberi peluang membentangkan inspirasi dan rekaan mereka kepada panel hakim termasuk Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad; Andrew Tan, Pengasas KLFW RTW; dan turut disertai individu berpengaruh Khoon Hooi dan Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal di Malaysia; dan Khairul Abidin Ishak, Editor Majalah EH!.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, “Kami sentiasa menyokong inisiatif pembangunan bakat muda di rantau ini, dan menerusi penyertaan yang telah kami lihat, kami sangat kagum dengan kualiti bakat yang kita ada di sini. Sukar bagi kami memilih dari 62 pereka yang disenarai pendek ke 25 orang dan seterusnya ke 10 orang finalis. Saya sememangnya sangat teruja menyaksikan kesemua mereka di atas pentas KL Fashion Week RTW 2015 Ogos ini.”

10 finalis telah dipilih berdasarkan keaslian, rekaan, peresembahan di pentas peragaan, dan koleksi yang konsisten.

Andrew Tan, Pengasas KL Fashion Week RTW berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan komitmen AirAsia dalam membantu membangun bakat muda, dan telah memilih industri fesyen sebagai salah satu inisiatif yang dibantu. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada 10 finalis yang akan bertanding di pusingan akhir Ogos ini, dan kami, pasukan KL Fashion Week akan berkerjasama rapat dengan mereka bagi memberikan nasihat serta panduan kepada mereka dalam mencapai potensi penuh mereka menerusi AirAsia Runway Designer Search 2015 ini.”

DSC_0769

10 finalis adalah: Shazmin Hashim, Syamil Fazwan dan Muhammad Nur Hazimin, dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lee Bao En dari UCSI University; Liew Suet Yi, Ong Pei Yin, dan Ter Mei Ching dari Esmod Kuala Lumpur The One Academy; Nur Irsalina Sulzaily dari Limkokwing University of Creative Technology; serta Andy Yeo Kai Seh dan Foo Yee Ming dari Malaysian Institute of Art (MIA).

Tiga pereka terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini dan memegang gelaran ‘AirAsia Most Promising Designer 2015’, bersama dengan hadiah-hadiah yang lain termasuk Piala AirAsia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong, sehingga 60,000 AirAsia BIG Points setiap satu, dan Komputer riba Dell Inspiron 11 3000 dan peluang untuk mempersembahkan koleksi penuh mereka pada KL Fashion Week RTW 2016, dan juga peluang menjadi sebahagian dari Minggu Fesyen lain di rantau ini dan banyak lagi.

Ikuti perjalanan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 di saluran YouTube AirAsia (youtube.com/airasia) bagi siri episod web, disebalik tabir dan wawancara eksklusif bersama pereka dan hakim serta banyak lagi.

DSC_0773

AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan bagi acara minggu fesyen KLFW RTW 2015 yang akan datang dan Kerjasama strategik ini bersama penganjur Minggu Fesyen KL, inisiatif AirAsia Runway Ready Designer Search ini bertujuan bagi membantu memberi platform kepada bakat pereka muda bagi merealisasikan impian mereka dalam industri fesyen di dalam dan luar negara.

Pereka fesyen dari rantau ini turut akan diterbangakan oleh AirAsia bagi menjadi sebahagian dari KLFW RTW 2015, dan ini akan memberi peluang kepada 10 pereka muda ini berjumpa dan belajar dari mereka.

AirAsia telah terlibat dalam pelbagai program pembangunan bakat muda dengan menyediakan peluang dan memberi platform bagi mereka mencapai kejayaan, mengenal pasti pontensi dan kekuatan mereka. Paling penting, AirAsia telah membolehkan banyak bakat muda merealisasikan impian mereka bagi bertanding di tahap yang lebih tinggi seperti Zulfahmi Khairuddin, penunggang MotoGP dan pemain skuasy antarabangsa Low Wee Wern.

Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 melalui laman sosial AirAsia di Facebook (facebook.com/AirAsia), Twitter (twitter.com/AirAsia) dan YouTube (youtube.com/AirAsia).

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *