Shae lancarkan laman web sendiri

image008

Siapa yang tidak kenal akan penyanyi yang ceria dan lantang yang bernama Shae ini. Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, merupakan seorang gadis cilik yang berbakat besar dalam bidang nyanyian. Shae yang memiliki auranya tersendiri telah mencuri hati para peminatnya melalui lagu ‘Sayang’ dan ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’. Lagu ‘Sayang’ juga tidak perlu diperkenalkan lagi kerana kita tahu lagu tersebut telah menjadi siulan orang ramai semenjak ia berkumandang di stesen-stesen radio di Malaysia.  ‘Sayang’ yang juga merupakan sebuah lagu berentak pop yang ringan dan mudah didengari yang diiringi oleh muzik ‘up-beat’ ini juga telah menceriakan industri muzik tempatan. Dan telah terbukti bahawa lagu ‘Sayang’ mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminatnya di Malaysia dan impak lagu itu juga begitu hebat sehingga telah menjadi ‘viral’ di YouTube oleh peminat-peminat Shae yang membuat video ‘parody’ untuk lagu tersebut. Kini, gadis cilik yang mempunyai suara yang lunak dan lantang ini baru sahaja melancarkan laman web beliau sendiri yang boleh dilayari di http://www.shaeofficial.com

Kepada peminat-peminat Shae dan juga SobatShae, anda kini boleh mengetahui segala informasi terkini mengenai Shae dengan hanya melayari laman web beliau. Segala muzik video, lagu, gambar & berita terkini mengenai Shae akan dikongsi di laman web tersebut.

 

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *