Shannen Totten Bawa Misi Malaysia ke Miss Charm International 2020

Sidang media ini diadakan bagi memperkenalkan Shannen Totten, Miss Charm Malaysia yang akan mewakili negara Malaysia ke Miss Charm International 2020 di Ho Chi Minh,Vietnam nanti.Pakaian busana negara dan gaun malam rasmi untuk Miss Charm Malaysia juga diperkenalkan pada sidang media ini.
“Kipas Satay”,pakaian yang akan dipakai oleh Shannen Totten ini merupakan rekaan pereka fesyen terkenal Anuar Faizal.
Anuar Faizal yang juga merupakan Pengarah Negara untuk acara ini berharap rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan padu kepada wakil negara ini.Kata beliau Shannen sangat berbakat dan telah mengikuti pelbagai latihan bagi menambahbaik pelbagai perkara seperti pengucapan awam,latihan “catwalk”,penampilan imej,personaliti ,komunikasi dan sebagainya.
Shannen mengucapkan terima kasih kepada Anuar Faizal kerana memberi beliau kepercayaan untuk mewakili negara pada Miss Charm International ini dan sokongan padu diterima daripada kedua ibubapa dan keluarga beliau.
Shannen mengharapkan rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepada beliau dan berjanji akan berkerja keras untuk mengharumkan nama Malaysia pada peringkat akhir nanti.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *