Showcase Istimewa Sempena Penubuhan Pesawat 20 Januari Ini

Pesawat yang pernah popular dengan lagu Mirage kini bersiap sedia untuk kembali menghiasi persada muzik tempatan, buktinya sebuah single terbaru yang berjudul ‘Luluh’ telah pun dihasilkan pada tahun 2017.

Pesawat yang masih kekal dengan empat orang anggota iaitu Jipie (vokal dan gitar), Mann (bass), Kudux (dram) dan Nizam Camel (gitar) serta seorang pemain undangan Paul (synthesizer).  Band yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 ini mula dikenali melalui lagu tema iklan Twisties, ‘Mesti Mau’ serta ‘Mirage’ dan juga lagu ‘Rapuh’ juga merupakan lagu runut bunyi filem Kill.

Album pertama PESAWAT berjudul ‘Take Off’ yang dilancarkan pada tahun 2011 turut tercalon dalam kategori album terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke 19.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 10 lagu ‘Mirage’, Pesawat bakal mengadakan persembahan istimewa buat peminatnya di Johor pada 20 Januari ini.  Showcase “Kawan X Mirage” akan berlangsung di Blackbox Medini, Johor Bahru dan akan bermula pada jam 8 malam.

Selain Pesawat, showcase eksklusif ini turut menampilkan band yang cukup sinonim dengan irama ska punk iaitu Plague Of Happiness serta Klabu Asap dan Classmates yang akan bertindak sebagai ‘opening band’.

Kepada peminat yang ingin menyaksikan persembahan istimewa ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM30 (online) di Stubapp dan RM40 di lokasi showcase berlangsung.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *