Showcase Rampage November Ini

Rampage bukanlah kumpulan baru, malah jenama ini sudah mula diinspirasikan oleh Yazit sejak 17 tahun dahulu. Ianya kembali bernyawa setelah pelbagai kemelut melanda ‘Sang Gendang’ malah Rampage ibarat nyawa baru serta meneruskan kelangsungan bakat muziknya.

Bukan berniat untuk menandingi kumpulan rock sedia ada, namun kehadiran Rampage sekadar memeriahkan kembali persada seni khususnya muzik rock. Setelah sekian lama, akhirnya album pertama Rampage yang berjudul Rempuh kini telah di riliskan.  ‘Rempuh’ di garap dengan elemen rock yang pelbagai atau lebih mudah ianya diresapi nuansa universal rock.

Kumpulan yang turut dianggotai Zham (bes), Jemboo (gitar), Rithan (gitar) dan Moq (vokalis) ini bakal mengadakan persembahan di House@G Tower, Jalan Tun Razak pada 4 November nanti.  Persembahan akan bermula pada jam 10 malam.  Selain Rampage peminat akan dihiburkan oleh Search tribute band sebagai ‘opening band’.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan Rampage boleh membeli tiket yang berharga RM50 (termasuk minuman ringan) di lokasi atau dengan menghubungi 019-6888739 atau 012-6502352 .

*Kredit photo – Azuddin

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *