“Sinar Aidilfitri” hadiah istimewa terakhir arwah nenek buat Amirul Jafril

Amirul Jafril dibesarkan di Pulau Pinang, pemuda berusia 29 ini mula menetap di Kuala Lumpur selepas menamatkan pelajaran di UITM Shah Alam pada tahun 2007.Memulakan kerjaya sebagai penulis dan penyampai berita radio di salah sebuah stesyen swasta terkenal, mula mencuba nasib sebagai penyanyi pada tahun 2010 dengan single pertama “Sehingga Sempurna”dengan modal sendiri. Namun, Amirul membuat keputusan untuk tidak terus menyanyi secara tetap dan menyifatkan minat beliau dalam bidang muzik hanya sekadar hobi dan suka suka.

Walau bagaimapun sepanjang masa tersebut beliau masih terlibat dalam beberapa projek underground dan menghasilkan beberapa lagu yang masih belum diedarkan atau diperdengarkan kepada khalayak ramai. Di usia 29, Amirul menyifatkan beliau lebih matang untuk berfikir dan bersedia untuk memberikan masayang lebih untuk muzik, berpegang kepada kata-kata ” I’d rather regret the things I’ve done than regret the things I haven’t done”.

Cancer Survivor

Amirul Jafril pernah menghidap penyakit kanser Non Hodgkin Lymphoma tahap 2 pada tahun 2012.Hanya berusia 25 ketika itu, Amirul mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit tersebut daripada keluarganya di Pulau Pinang, serta meneruskan rawatan di Kuala Lumpur dengan sokongan rakan-rakan. Sentiasa mengambil sikap positif dalam setiap cabaran, Amirul meneruskan rawatan kimoterapi di salah sebuah Hospital di Kuala Lumpur dan sembuh sepenuhnya sekitar pertengahan 2013. Beliau seterusnya pernah muncul dalam beberapa buah artikel akhbar tempatan serta siaran tv bagi bagi berkongsi pengalaman melawan penyakit tersebut.Sinar Aidilfitri (Amirul Jafril) - Cover Art

Single Raya: Sinar Aidilfitri

Lagu Sinar Aidilfitri sebenarnya di hasilkan dan direkodkan pada tahun 2011, selepas Amirul mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu raya yang penuh dengan “feel raya” .Bekerjasama dengan kompuser Rudy Halim (Rudeboy Halim), Amirul mengambil risiko dengan meminimakan elemen moden dalam lagu tersebut, menegaskan bahawa lagu raya seharusnya mempunyai feel dan melodi yang membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar lagu tersebut, terasa mahu pergi beraya.Amirul Jafril menyifatkan lagu Sinar Aidilfitri adalah sebuah lagu yang tersangat istimewa baginya dan dia sendiri suka mendengarkan lagu tersebut. Beliau menambah, lagu tersebut merupakan hadiah terakhir dari nenek kesayangannya, Rohani Binti Maidin yang meninggal dunia seminggu sebelum bulan Ramadan tahun ini,

“Tambahnya, ketika mahu menghasilkan lagu tersebut, beliau tidak cukup wang untuk menghabiskannya ke tahap mastering, kerana masih baru bekerja dan tidak mempunyai simpanan yang banyak. Arwah nenek, yang percaya dengan bakat dan kebolehan cucunya itu, memberikan sejumlah wang untuk menghasilkan lagu tersebut.”

https://www.youtube.com/watch?v=mGPvSQ5OiZ8&feature=youtu.be

Kata Amirul “ Secara kebetulan beberapa minggu selepas arwah pergi, pihak pengurusan Joe Saiful dari JoePRCinternational menghubunginya dan menyatakan minat untuk memperdengarkan dan mempromosikan lagu tersebut ke khayalak ramai”

Tambahnya “ Saya telah melihat sendiri kerja tangan JoePRCinternational dan berbesar hati dengan kepercayaan mereka untuk menguruskan bakat saya. Lantas membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mereka.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *