SITI SARAH Special Showcase

Setelah mengeluarkan single terbaru bertajuk “SEMAKIN ” yang juga merupakan OST untuk drama Halalkan Hati Yang ku Curi , Siti Sarah ingin mempersembahkan sebuah showcase khas untuk peminat-peminat yang menantikan kemunculan semula Siti Sarah dengan imej barunya. Showcase ini juga secara simboliknya menyatakan yang Siti Sarah akan kembali semakin aktif di dalam bidang seni suara tanahair. Bertempat di Dewan Tengku Abdul Rahman, Matic , Kuala Lumpur , showcase yang digelar “Siti Sarah Special Showcase”  akan dipersembahkan tepat pada jam 9 malam pada 6 Julai 2018.

Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)”. Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori “Artis Baru Wanita Terbaik”. Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza pada tahun tersebut .

Menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan, pastinya repertoire beliau seperti Kesetiaan, Jangan Kau Mimpi, Menari Denganku, Sandarkan Pada Kenangan, serta belasan lagu lagi akan dihidangkan sepanjang showcase yang berdurasi hampir 2 jam nanti. Segalanya bakal direalisasikan pada 6 Julai 2018 jam 9 malam di Dewan TAR, Matic  pastinya bakal mengubati kerinduan peminat Siti Sarah pada malam itu!

Tiket-tiket showcase akan mula dijual pada Isnin, 18 Jun 2018  dan boleh menghubungi Hotline di nombor 017-760 3221 dan 03-7732 0244 dengan harga yang tertera :

Kategori Harga Tiket

VIP Zone RM 149.00

Normal Zone RM 129.00

Buat pengetahuan semua peminat, kepada kesemua pembeli tiket akan disertakan dengan Sabun Kolagen & Vitamin C dari Pinky Pinky yang bernilai RM39.00 setiap satu. Pinky Pinky merupakan produk keluarann Siti Sarah sendiri.

SPECIAL SHOWCASE SITI SARAH  ini dianjurkan dan diterbitkan oleh Indigital Sdn Bhd & MRS Production. Indigital Sdn Bhd merupakan syarikat pengurusan bagi Siti Sarah dan mereka yakin dengan kemunculan Showcase Siti Sarah ini merupakan hadiah buat peminat Siti Sarah yang tak putus-putus mendoakan dan mengharapkan showcase ini.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *