SoulFest Asia 2015

SoulFest Asia 2015 | Festival muzik santai terunggul ini telah diperkenalkan pada tahun lalu di Australia dan New Zealand di Sydney, Melbourne, Brisbane dan Auckland. Diterajui oleh Aloe Blacc, Common, Mos Def dan D’Angelo, tidak hairanlah kemunculan pertamanya telah disambut oleh berpuluh ribu penggemar muzik yang berkumpul bagi meraikan minat mereka terhadap soul dan hip-hop.

Print

Soulfest adalah sebuah festival muzik butik dan dikhususkan untuk peminat muzik groove yang sudah bosan dengan festival luar yang panas lagi merimaskan dan ingin menikmati muzik dalam suasana yang serba selesa. Suasana dan persekitaran Soulfest menepati irama bersemangat yang dikaitkan dengan muzik Soul, R&B dan Hip-Hop serta penggemar audio yang ingin bersantai sambil beristirehat. Gabungan sajian soul sejati bersama ahli muzik yang inginkan suasana yang menyeronokkan adalah kombinasi terulung bagi penggemar muzik.

Mary J Blige
Mary J Blige

“Kami sangat teruja kerana dapat membawa pemuzik hip-hop, soul dan jazz terkenal ke Malaysia. Kami telah bekerja keras untuk mencipta line-up yang seimbang dan yang terdiri bukan sahaja daripada prestasi lagenda malah juga beberapa artis muzik yang baru dan paling hangat. Kami sedia maklum bahawa terdapat pengikut genre ini yang sedang berkembang di Malaysia dan bersama rakan-rakan kami di Soulfest International Private Limited (Australia), kami memahami keinginan anda dan berharap anda juga teruja seperti kami”, kata Adib Khalid dari Soulnation Asia.

De La Soul
De La Soul

Edisi pertama Soulfest Asia akan dianjurkan di dalam bangunan berhawa dingin sepenuhnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines (MICC) pada 17 Oktober 2015. Tanpa mengira keadaan cuaca, festival ini dijadualkan bermula pada jam 3ptg dan akan berterusan sehingga larut malam. Tiket akan mula dijual pada hari Isnin 17hb Ogos 2015 dengan harga bermula dari RM198 melalui www.airaisaredtix.com dan www.eventopia.co. Gadis-gadis yang ingin bersuka ria bersama boleh membeli 4 tiket dengan harga 3 tiket di bawah Pakej Khas Soul Sisters!

Jhene Aiko
Jhene Aiko

Kemunculan pertama Soulfest Asia melibatkan tiga dewan di mana Ratu Hip-Hop dan muzik soul, Mary J. Blige, akan memberi persembahan, dan calon Grammy Jhene Aiko, serta artis Hip-Hop kegemaran ramai Talib Kweli and De La Soul, bersama Joe Flizzow dan keluarga Kartel, penyanyi soul Najwa dan kolektif hip-hop Raising The Bar secara langsung di pentas. Menepati gelaran beserta nama Asia, Soulfest Asia turut membariskan superstar serantau seperti rapper Singapura kegemaran ramai, Shigga Shay. Ramai lagi artis antarabangsa, serantau dan tempatan yang akan diumumkan dalam minggu-minggu yang akan datang!

Pic 6 (2)

Sebagai sokongan terhadap industri muzik tempatan Malaysia, Soulfest Asia bersama dengan Tune Studios akan melancarkan pencarian untuk artis tempatan berbakat, salah seorangnya akan berpeluang untuk memberi persembahan di atas pentas Soulfest Asia!

Joe Flizzow
Joe Flizzow

Selain daripada muzik lunak dan suasana yang bagus, Soulfest Asia juga akan menyediakan satu rangkaian masakan meluas merangkumi pelbagai sajian termasuk Soulfood asli dan warung makan yang diwujudkan dan akan dikelolakan oleh Kumpulan BIG.

Talib Kweli
Talib Kweli

Barisan artis Soulfest Asia adalah satu acara eksklusif di peringkat dunia. Soulfest Asia 2015 dianjurkan oleh Soulfest International Private Limited (Australia) dan Soul Nation Asia Sdn. Bhd. dan disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia.

De Fam
De Fam

Untuk maklumat lanjut atau maklumat terkini mengenai festival ini, sila log masuk ke: www.Soulfestasia.com atau layari www.facebook.com/soulfestasia atau www.twitter.com/Soulfestasia

Print

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

One comment

  1. saya nk jadi artis ni nombbor saya nti kalau ssaya terpilih call 0173274769

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *