SPOTIFY Tampilkan Lagu-Lagu Eksklusif PAYSLIP

Spotify artist showcase_image 2

Kumpulan PAYSLIP telah ditubuhkan pada awal Mac 2012 di mana ketika itu PAYSLIP menyertai sebuah program tv yang diberi nama “Jamming”. Selesai sahaja pertandingan itu, PAYSLIP terus bergiat lebih aktif dan serius dengan menyertai beberapa persembahan dan pertandingan yang dianjurkan. PAYSLIP juga pernah menjadi band undangan kepada  kumpulan XPDC ketika mengadakan persembahan di ‘Hari Sejuta Belia’ di Putrajaya dan beberapa lagi persembahan di seluruh Malaysia.

Kumpulan PAYSLIP membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun yang dianggotai oleh 4 orang anak muda. PAYSLIP merupakan gabungan dua beradik iaitu Mohd Asrul Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass dan Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, bersama dua remaja lagi yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC,  iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar, dan Syazwan (Wan) sebagai pemain drum. Walaupun usia mereka masih muda, kemahiran mereka dalam bidang muzik tidak dapat disangkal sama sekali.  Kehebatan mereka bermula pada usia yang muda iaitu seawal 10 tahun.  Akeem dan Wan yang berumur 16 tahun manakala Arif dan Jimmy berumur 17 tahun mendapat bimbingan dari bapa mereka yang juga pernah terlibat secara professional dalam industri muzik tempatan.

Spotify artist showcase_image 1

Kehadiran PAYSLIP dalam industri muzik tempatan telah mendapat perhatian dari pihak Warner Music Malaysia dan PAYSLIP juga pernah menjayakan projek kerjasama bersama Astro iaitu ‘Tribute to Sudirman’ dimana mereka menyampaikan lagu Allahyarham Sudirman yang bertajuk ‘Joget Kenangan Manis’.  Lagu saduran tersebut telah diselitkan di dalam album “AKU SUDIRMAN – SUATU INTERPRETASI” yang telah dipasarkan pada 5 Jun 2012 oleh Warner Music Malaysia.

Pada tahun ini (2014) Warner Music Malaysia dengan rasa besar hati bakal memasarkan album sulung PAYSLIP yang akan dilancarkan pada 11 November tahun ini.  Sebelum itu, PAYSLIP juga telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify dimana single pertama “Syurga Sang Pencinta” boleh didengar secara eksklusif hanya melalui Spotify bermula pada 22 September, 2014.

Spotify artist showcase_image 4

Spotify telah bekerjasama dengan Warner Music Malaysia dalam mempromosikan mereka dan PAYSLIP juga merupakan artis baru Malaysia yang akan melancarkan album sulung di Spotify dalam masa terdekat ini.  Pada malam showcase PAYSLIP bersama Spotify yang baru sahaja berlangsung malam tadi, PAYSLIP telah mendendangkan 5 buah lagu khas buat para media yang hadir. 5 lagu tersebut adalah ‘Gergasi Hijau’, ‘Joget Kenangan Manis’ yang merupakan lagu tribute kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad, ‘She Looks So Perfect’ sebagai lagu cover yang merupakan lagu asal oleh 5 Second of Summer,  ‘Biasa-Biasa Saja’, dan single pertama mereka yang bertajuk ‘Syurga Sang Pencinta’.

Industri muzik tanah air pasti akan bergegar sekali lagi apabila PAYSLIP melancarkan album sulung mereka dan kehadiran album tersebut merupakan satu hadiah buat para peminat PAYSLIP.  Keyakinan tersebut datang bukan sahaja daripada pihak Warner Music Malaysia dan Spotify, malah dari ahli keluarga dan ahli kumpulan tersebut.  Warga Nusantara pasti akan tergamam dan tertarik dengan lagu–lagu dan persembahan mereka yang bertaraf professional. Khas buat pencinta muzik tanah air yang tentunya mendambakan kelainan, terimalah sebuah kumpulan anak-anak muda yang bakal menyinari dunia seni tanah air.

 

 

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *