‘SPRING CHORUS’ Telemovie Istimewa Tahun Baru Cina Di ntv7

PC Group Picture - Back L to R Aenie Wong, Karena Teo, Ong Ai Leng, Debbie Goh, Jan Chin Front L - R Kyo Chen, Leslie Chai, Adrian Tan, Frederick Lee, Lawrence Wong copy

Boleh dikatakan saban tahun Saluran Ceria Anda, ntv7 tidak terlepas menghidangkan drama telemovie istimewa dan menarik sempena musim perayaan Tahun Baru Cina. Sejak kejayaan telemovie blokbuster The Superb Match Makers (2011), Happy Family (2012) dan Lucky Bowl (2013), ntv7 sekali lagi bakal membawakan kisah menarik yang mengangkat tema kekeluargaan berjudul ‘Spring Chorus’. Telemovie khas itu dijadualkan bersiaran pada 31 Januari 2014 jam 8.30 malam bagi memeriahkan lagi hari pertama sambutan perayaan itu. Malah telemovie itu juga memiliki mesej tersirat tentang erti persaudaraan dan cuba menggamit memori keindahan pulang ke kampung halaman.

Membintangi telemovie hebat ini adalah Aenie Wong, Leslie Chai (Pelakon Lelaki Popular Golden Awards 2012), Jan Chin, Debbie Goh (Pelakon Wanita Popular Golden Awards 2012), Lawrence Wong, Ong Ai Leng, Frederick Lee, Kyo Chen, Adrian Tan dan Karena Teo yang masing-masing merupakan di antara pelakon Top 10 ntv7.

Spring Chorus dijanjikan berbeza dengan drama telemovie sebelum ini kerana jalan ceritanya yang lebih mengutamakan hubungan kekeluargaan dan mempamerkan realiti kehidupan hidup bersaudara yang tidak lari dengan pelbagai masalah serta salah faham. Di dalam babak awal drama ini, para penonton akan diperkenalkan dengan watak Pak Cik Tang Fu Xiang seorang lelaki dalam lewat 60-an yang mengalami masalah lupa daya ingatan atau Alzheimer. Penyakitnya semakin merisaukan apabila dia selalu beremosi dan mula berperangai seperti anak-anak kecil lakonan pelakon veteran, Liang Ya Gao. Walaubagaimanapun, Pak Cik Tang juga memiliki masalah keluarga di mana oleh kerana suatu peristiwa yang lampau, anak sulungnya telah pergi membawa diri yang semakin merengangkan hubungan mereka sekeluarga. Namun kerana penyakitnya yang semakin membimbangkan sifat keegoan akan diketepikan. Ketika ini persoalan yang bakal muncul di onak fikiran penonton ialah bagaimana anak-anaknya berjaya memulihkan penyakit ayahnya dan mampukah anak-anak Pak Cik Tang memperbaiki hubungan sesama mereka.

Siblings L-R Kyo Chen, Ong Ai Leng, Leslie Chai, Adrian Tan, Debbie Goh copy

Selain itu, para peminat drama sitkom Love Compulsory sebelum ini bakal teruja kerana gandingan pasangan ideal Leslie Chai dan Jan Chin. Leslie Chai akan membawakan watak Tang Sheng Liang iaitu anak sulung Pak Cik Tang yang berhijrah ke Amerika sejak 10 tahun yang lepas selepas mendapat bantahan keras ayahnya yang tidak ingin Sheng Liang mengejar kerjayanya di dalam bidang muzik. Menarikya lagi pasangan ideal ini juga memainkan watak suami isteri serta kembali dengan anak mereka. Namun kembalinya mereka kali ini adalah untuk membantu Pak Cik Tang memulihkan daya ingatannya. Walaupun sebelum ini pertengkaran Sheng Liang dan ayahnya, Pak Cik Tang kerana niatnya dalam mengejar cita-citanya, namum Sheng Liang yakin bahawa muzik adalah terapi sebenar yang diperlukan oleh ayahnya.

Lawrence Wong & Debbie Goh copy

Telemovie ini juga bakal menyaksikan gandingan Debbie Goh dan Lawrence Wong. Debbie memegang watak Fanny Tang sebagai anak kedua keluarga Tang dan isteri kepada Jacob Wong (Lawrence Wong). Debbie tampil berbeza dengan membawakan watak seorang gadis yang tabah dan matang lebih 4 tahun dari usia suaminya. Digambarkan juga sebagai seorang pengarang di sebuah syarikat penerbitan, Fanny memainkan watak tunjang di dalam keluarga Tang bagi mengambil alih tugas tanggungjawab abang sulungnya Sheng Liang yang meninggalkan keluarga tersebut. Antara yang menjadi cabaran watak Debbie kali ini adalah perasaan emosi dan tekanan yang dimainkan menerusi watak Fanny.

Seterusnya ialah watak anak perempuan ketiga di dalam keluarga Pak Cik Tang iaitu Connie Tang (Ong Ai Leng) yang juga telah berkahwin dengan Francis (lakonan Frederick Lee). Connie juga merupakan anak yang baik dan sanggup berkorban untuk berhenti dari pekerjaannya demi menjaga ayahnya. Namun tindakannya itu sedikit sebanyak tidak dipersetujui suaminya, Francis. Francis seorang yang mudah berterus-terang yang adakalanya menyentuh perasaan Connie namun mereka saling mencintai satu sama lain.

L - R Leslie Chai, Kyo Chen, Debbie Goh copy

Jika sebelum ini Kyo Chen dan Karena Teo digandingkan di dalam drama bersiri Superhero at Home, kini mereka digandingkan bukan hanya sekadar pasangan bercinta namun sebagai suami isteri. Kyo memainkan watak Tang Sheng Wen yang merupakan hanya satu-satunya ahli keluarga Tang yang sering berhubung dengan abang sulungnya Sheng Liang. Oleh sebab itu, mereka lebih mesra bersama dan tetap memiliki hubungan yang baik. Sheng Wenlah orang pertama yang bersetuju dengan keputusan Sheng Liang untuk melaksanakan terapi muzik kepada ayahnya. Malah isterinya, Irene (Karena Teo) turut menyokongnya dari belakang. Malah minatnya dalam bidang fesyen menyebabkan Irene mereka pakaian khas untuk terapi muzik itu.

Pelakon tampan Adrian Tan pula memainkan watak anak bongsu, Tang Sheng Xing. Selayang pandang, para penonton bakal melihat bahawa Sheng Xing merupakan orang tengah yang sering cuba merapatkan ahli keluarganya. Namun, di sudut hatinya, dia seakan-akan terpaksa melakukan setiap apa yang diharapkan tanpa rasa sebenar keikhlasan. Apakah yang sebenarnya bermain di dalam hatinya?

Leslie Chai and Leong Ah Kau copy

Secara ringkasnya, Spring Chorus mengisahkan kehidupan Pak Cik Tang yang didiagnosis dengan penyakit Alzheimer. Keadaannya yang bertambah teruk menyebabkan anaknya, Connie menghubungi abang sulungnya, Sheng Liang yang telah 10 tahun meninggalkan mereka untuk menjenguk keadaan ayahnya. Sepuluh tahun yang lalu, Sheng Liang mengalami pertengkaran besar bersama ayahnya yang menegahnya untuk mengejar cita-citanya dalam bidang muzik. Sekembalinya, Sheng Liang ke rumah, dia amat terkejut dan sedih melihat ayahnya yang tidak mengenali dirinya. Kali ini Sheng Liang bertekad untuk memulihkan ayahnya menerusi terapi muzik selain memperbaiki hubungannya bersama adik-beradiknya.

Mampukah keluarga mereka disatukan semula dan adakah muzik mampu mengembalikan daya ingatan Pak Cik Tang? Saksikan telemovie ‘Spring Chorus’ pada 31 Januari, jam 8.30 malam hanya di ntv7 (Saluran 107). Turut menjayakan drama tersebut ialah rakan radio rasmi, one FM.

Para pelakon Spring Chorus juga akan turun padang untuk menemui peminat-peminati mereka di lokasi-lokasi ini:

TARIKH

MASA

LOKASI

11 Januari

3.00 petang

Mahkota Parade, Melaka

8.00 malam

Kluang Mall, Johor

17 Januari

8.00 malam

Alor Setar Mall, Kedah

18 Januari

2.00 petang

Village Mall, Kedah

9.00 malam

Auto City Shop d’Park, Penang

19 Januari

2.00 petang

8.00 malam

Gurney Plaza, Penang

Ipoh Parade, Perak

25 Januari

2.00 petang

Leisure Mall, KL

8.00 malam

Klang Parade, Selangor

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi Saluran Ceria Anda, ntv7 di www.ntv7.com.my. Saksikan kandungan ulangan di www.tonton.com.my dan perkembangan terkini menerusi Facebook dengan pencarian kata kunci ntv7chinese, dan ntv7localdrama.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *