Steel Kembalikan Nostalgia Heavy Metal

Heavy Metal adalah paksi muzik kepada band yang ingin dikenali sebagai Steel, biarpun usia penubuhannya boleh dikira dengan jari. Mereka telah mencipta revolusi tersendiri kerana mampu menjaja jenama Steel ke luar Negara.

Steel yang dibarisi oleh  Muzam – vokal, Rexx Strike- gitar, Fit otak panas – bass  dan Aian Pees – drum bukanlah pemuzik picisan malah mereka terlebih dahulu beraung di bawah kumpulan lain sebelum ini. Muzam pernah bersama band lagenda Bloodshed , memikul tanggung jawab sabagai penyanyi utama selama 7 tahun, dari 2008-2014, kini telah pun mempunyai rakaman album single sendiri. “Rahsia Hakikat”.  Rexx Strike, iaitu pemain gitar utama band Heavy Metal tempatan yang menempah nama di luar negara bersama kumpulannya , Nuclear Strikes.

Rexx juga seorang penerbit album untuk lagu-lagu berunsurkan meaintreem, dan juga komposer muda berbakat.pernah mencipta lagu tema dan iklan untuk konsert festival metal bertaraf dunia di Jerman .  Pemain gitar bass Steel Fit, pernah bersama band Hotbrains iaitu band yang popular di sekitar era 80an konsert Battle of the band, dan permain drum Aian Pees pula angota Hotbrains era baru, pernah bersama kumpulan Samudera untuk beberapa persembahan pentas.

Bersandarkan kepada pengalaman maka lahirlah sebuah EP yang berjudul “Fear Is A Liar”.  EP ini telah diriliskan oleh Madratts Entertainment Malaysia.

Fear Is A Liar melalui proses rakaman di Metal Force Studio, Kajang dimana Jun Jun merupakan producer dan dibantu oleh Rexx dan Steel sendiri. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Steel.

Sebanyak 3 buah lagu telah dimuatkan dalam EP ini bersesuaian sebagai pengenalan untuk peminat muzik heavy metal dan rock tempatan.  Fear Is A Liar, Return Of The King dan Aku dan Kenangan adalah lagu yang dimuatkan dalam EP ini.

Masih berpegang teguh kepada elemen heavy metal menjadikan lagu Fear Is A Liar antara lagu penghilang dahaga kepada band-band yang bernuansakan genre yang sama.  Jadi tidak hairanlah mengapa Steel mengangkat lagu ini sebagai promosi buat mereka. Seakan tidak cukup rencah andai sesebuah band yang bertunjangkan heavy metal tidak memperagakan lagu-lagu ballad, lantaran itu mereka hasilkan Return Of The King yang nyata cukup rencah resepinya apatah lagi kekuatan vokal Muzam dapat dirasa melalui lagu ini.Aku dan Kenangan pula telah disignifikasi dengan nuansa rock melayu yang cukup kuat.  Mungkin ianya adalah strategi Steel untuk memikat pendengar mahupun stesen radio tempatan.

Tidak hairanlah mengapa Defox Records (salah sebuah label dari Italy) telah melamar Steel untuk memasarkan album secara digital dan fizikal untuk pasaran disana. Apa yang menarik tentang STEEL ,mereka ada mengeluarkan komik mereka sendiri, t-shirt , sticker , botton barge , woven bag semua di atas product jenama Steel.

 

 

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *