Strepsils Hits “The Right Note” Sempena Meraikan Hari Suara Sedunia 2014

(BM)Strepsils The Right Note Campaign in support of World Voice Day

Strepsils hari ini melancarkan pertandingan nyanyian The Right Note di seluruh negara bersempena dengan sambutan Hari Suara Sedunia 2014. Pencarian vokal terbaik ini bakal diketuai legenda tanah air, Dato’ Sheila Majid. Lima finalis terbaik berpeluang untuk melakukan persembahan di pentas akhir dan juara akan memenangi Hadiah Utama bernilai RM10,000.

Menyedari kepentingan bagi memiliki suara yang sihat, kempen baharu Strepsils ini membolehkan pemuzik-pemuzik tempatan yang tidak dikenali untuk mencapai impian mereka dengan berkongsi bakat vokal yang terpendam kepada dunia.

“Suara yang sihat membantu individu untuk mengekspresi diri, jadi mereka dapat menyesuaikan intonasi mengikut kesesuaian situasi. Hal ini amat signifikan kepada penyanyi atau penggiat seni yang bergantung sepenuhnya kepada suara sebagai kerjaya. Menerusi pertandingan Strepsils’ The Right Note, kami cuba membuktikan kepentingan penjagaan suara dalam mewujudkan impak berharga dalam kehidupan” ujar Cik Hina Nagarajan, Pengurus Besar Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura. “Kami juga teruja untuk melancarkan kempen ini tidak hanya di Malaysia malah di Singapura. Kami yakin melalui kempen ini, kita akan dapat mengetengahkan bakat-bakat baharu dengan vokal mantap sejajar dengan sokongan terhadap Hari Suara Sedunia. Dengan penyertaan Dato’ Sheila Majid sebagai duta kempen ini, kami percaya bakat-bakat yang dipilih pasti berkualiti.”

Ratu Jazz negara, Dato’ Sheila Majid menambah: “Sebagai penyanyi profesional dengan pengalaman 29 tahun, kehilangan suara merupakan satu mimpi ngeri terutama apabila persembahan penting hampir tiba. Menyanyi merupakan satu daripada keindahan dunia dan kurniaan memperoleh suara yang sihat. Saya berbesar hati untuk meraikan suara kita bersama kempen Strepsils’ The Right Note.”

Bagi menyertai pertandingan The Right Note, peserta perlu merakam dan memuat naik penyertaan mereka ke www.strepsils.com.my/therightnote antara 15 April hingga 28 Mei 2014 untuk merebut slot lima finalis terbaik.

Ditentukan berdasarkan kombinasi penjurian Dato’ Sheila Majid dan orang awam, lima finalis terbaik akan dipilih untuk menyertai dan bertanding bagi merebut gelaran juara pada pusingan akhir yang akan diumumkan selepas tempoh penyertaan tamat.

Check Also

BAZAR RAMADAN HABIB Bermula 22 Sehingga 24 Mac 2024

Sebagai persediaan hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi, HABIB berkongsi keterujaan untuk menyambut …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *