SYOSS – Penjagaan Dan Penggayaan Rambut Ala Salun

_SHE4973-1

Kini impian anda untuk memilliki rambut cantik ala salun setiap hari menjadi kenyataan apabila SYOSS membuat penampilan sulung di Malaysia pada 21 Jan 2014! Memperkenalkan rangkaian produk penjagaan dan gaya rambut, kini jenama SYOSS memenuhi hasrat orang ramai untuk memiliki rambut yang dicemburui.

Ditubuhkan di Jepun 37 tahun yang lalu, produk SYOSS telah diuji dan dibangunkan oleh pendandan dan penggaya rambut profesional dari Jepun untuk membantu wanita mendapatkan gaya ala salun dari keselesaan rumah mereka. Nama SYOSS terhasil daripada kerjasama rapat di antara Sharp dan Yamahatsu di Osaka pada 1977. Kini, jenama SYOSS boleh didapati di lebih 50 buah negara di seluruh dunia.

Siri SYOSS Hair Care menawarkan rangkaian syampu, perapi dan rawatan dengan tiga produk utama iaitu SYOSS Repair Therapy, SYOSS Moisture Intensive Care dan SYOSS Anti Dandruff Control sebagai penyelesaian kepada masalah penting berkaitan rambut.

_SHE4806-1

Rangkaian SYOSS Hair Care mengandungi Pro-Cellium Keratin, sebuah formula yang amat berkesan dibangunkan oleh pendandan rambut terkenal dari Jepun untuk jenis rambut orang Asia. Teknologi profesional ini menguatkan gentian rambut dari dalam dan digunakan oleh beribu-ribu pendandan rambut di seluruh dunia untuk semua jenis rambut. Untuk menjadikannya lebih profesional, wangiannya yang lembut dan berdasarkan kepada haruman bunga dan buah-buahan direka dan diuji secara khusus untuk citarasa Asia oleh pakar wangian dari Jepun.

SYOSS Repair Therapy bertujuan menangani isu-isu yang dihadapi oleh rambut yang rosak, stres, diwarna atau dikeriting bagi mengembalikan sinar rambut yang sepatutnya. SYOSS Moisture Intensive Care pula bertindak untuk melembapkan rambut yang kering, keriting dan rapuh menjadikannya licin dan sihat manakala SYOSS Anti Dandruff Control terbukti berkesan untuk mengurangkan kelemumur dari pertama kali ia digunakan.

_SHE5031-1

Melangkah keluar dari rumah dengan penuh yakin dan pamerkan gaya rambut anda dengan rangkaian SYOSS Hair Styling. Rangkaian SYOSS Hair Styling terdiri daripada SYOSS Styling Strong Hold, SYOSS Styling Straight & Shine dan SYOSS Styling Curl Control.

SYOSS Styling Strong Hold terdapat di dalam bentuk wax dan gel. Siri ini mengandungi formula pengeringan yang cepat dan sesuai untuk pelbagai gaya rambut. Dengan inovatif tekstur gelee tanpa lekit, SYOSS Styling Straight & Shine memastikan rambut lurus anda sentiasa kemas dengan gel dan produk waxnya.

Jika anda gemarkan keriting besar, rangkaian SYOSS Styling Curl Control akan memenuhi kehendak anda tanpa perlu ke salun dan pada harga yang anda inginkan! Formula profesional SYOSS Styling Bouncy Curl Airy Curl Cream memelihara rambut dan melembutkan keriting tanpa melekit. Formulanya menjadikan rambut bersinar semula jadi.

SYOSS Styling Bouncy Curl Bouncy Whip menjadikan rambut keriting besar lebih melantun dan lancar sambil mengekalkan keriting dengan lebih lama. Sekarang anda boleh mempunyai rambut keriting besar yang anda idamkan selama ini! Melangkahlah dengan penuh bangga dan glamor. Anda akan menjadi perhatian ramai! Gadis-gadis pasti cemburukan anda namun si jejaki pasti menyukainya!

_SHE4200-1

Pengurus Besar Henkel Beauty Care Retail Malaysia, Encik Tan Hock Guan berkata, “Kami teruja dan bangga membawa masuk produk Penjagaan dan Penggayaan Rambut SYOSS ke dalam pasaran Malaysia. Kami berasa bangga melihat senyuman pada wajah pelanggan kami dengan gaya rambut yang mereka idamkan tanpa perlu berbelanja besar!”

Jenama ini mempunyai kedudukan yang kukuh dalam segmen barangan pengguna (FMCG) negara-negara lain. SYOSS boleh didapati di lebih 50 buah negara di seluruh dunia. Di Asia Pasifik, SYOSS boleh didapati di Jepun, Korea Selatan, Thailand, China, Vietnam, Taiwan, Indonesia dan Malaysia.

Antara berita-berita kejayaan dari China adalah: Siri penjagaan rambut SYOSS Moisture Intensive Care telah mencipta rekod dan meraih Anugerah Kecantikan Kosmopolitan pada tahun 2011, SYOSS Styling Strong Hold Wax telah diumumkan sebagai pemenang untuk Penggayaan Rambut Pendek Terbaik oleh majalah Self pada tahun 2011 manakala SYOSS Styling Strong Hold Wax pula memenangi anugerah Kategori Wax Terbaik oleh majalah Bazaar Men.

SYOSS Ambassador Christine Fan
SYOSS Ambassador Christine Fan

Christine Fan atau lebih dikenali sebagai Fan Fan, adalah duta SYOSS untuk Asia. Fan Fan sentiasa dilihat dengan rambut panjang yang sihat samada di luar maupun di dalam skrin. Penyanyi, pelakon dan hos dari Taiwan ini teruja dengan hakikat bahawa beliau masih boleh menyimpan rambut yang sihat serta ‘bersinar ala salon’ walaupun di rumah.

Turut sama semasa pelancaran produk SYOSS adalah JoJo Struys – Pengacara TV/Penulis Tentang Kesihatan dan personaliti radio, Karena Teo – Artis Serantau/Pelakon dan Dynas Mokhtar – Pengacara, pelakon, model yang menceritakan pengalaman mereka menggunakan produk terbaru ini. Mereka amat bersetuju dan akan mengesyorkan SYOSS kepada keluarga dan rakan-rakan mereka kerana SYOSS ternyata berkesan dalam menyelesaikan masalah rambut dan keupayaan produk tersebut yang bertindak sebagai perangsang keyakinan!

Pendandan rambut dari Jepun, Daisuke Hamaguchi akan membuat penampilan khas semasa pelancaran produk tersebut dan beliau akan menunjukkan bagaimana pelanggan boleh menggunakan produk dandanan rambut SYOSS untuk menghasilkan gaya rambut yang menarik. Hamaguchi adalah seorang pendandan khas untuk beberapa model, pelakon dan selebriti Jepun. Di Kuala Lumpur, Hamaguchi memegang peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pendidik teknikal rambut untuk “Number76 Hair Salon” yang mempunyai dua cawangan dan menjadi salun rambut rasmi bagi majalah fesyen Jepun, Vivi Malaysia.

Rangkaian Penjagaan dan Penggayaan SYOSS boleh didapati di semua gedung beli-belah utama dan farmasi terpilih. Harga produk-produk tersebut adalah di antara RM9.90 ke RM23.90.Produk runcit SYOSS juga boleh didapati di farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

SYOSS. Profesional. Berpatutan. Dari Jepun.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *