Takziah Buat Elly Suriati

Pelakon dan pengarah filem, Elly Suriati dilapurkan mengalami keguguran pada 28 Disember 2011 yang lalu. Kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang sibuk mengarahkan filem sulungnya, ‘Penanggal’ di Kuala Kangsar Perak.

Seperti yang dilaporkan oleh mStar Online, Elly kini berada di Hospital Kuala Kangsar dan akan ditahan selama beberapa hari mengikut tahap kesihatannya. Beliau dikhabarkan masih lagi dalam keaddan trauma dan bersedih dengan kejadian itu.

Azri Iskandar, pelakon dan juga suami kepada Elly berkata, kejadian tersebut berlaku mungkin disebabkan oleh kelasakkan isterinya dilokasi penggambaran namun menganggap itu adalah suratan takdir Allah SWT dan bukan rezeki mereka.

Penggambaran filem “Penanggal” yang diadakan di Kampong Sayong Ulu, Kuala Kangsar itu akan dihentikan buat beberapa hari sementara menunggu keadaan kesihatan Elly kembali pulih. Sementara itu, babak yang ringkas dan tidak memerlukan Elly akan diteruskan oleh penolong pengarah filem itu.

Filem ‘Penanggal’ ini dibintangi oleh  Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini.

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *