“The Cranberries” Live In KL ~ Harga Tiket 15% Diskaun Mulai 13-19 Februari Ini!

Masih ingatkah lagi lagu ‘Zombie’, ‘Dreams’,  ‘Ode To My Family’, ‘Salvation’, ‘Linger’ dan‘Animal Instinct’? Dengan jualan album melebihi 30 juta unit di seluruh dunia, menduduki carta Top 20 Billboard menerusi empat buah lagu serta lebih daripada lapan lagu mereka mengungguli carta mega popular membuatkan kumpulan The Cranberries menjadi satu fenomena dalam dunia hiburan  antarabangsa  sekitar  era  penghujung  tahun  90-an.   Kini  selepas  sekian  lama  kita dihiburkan dengan lantunan vokal unik penyanyi utamanya, Dolores O’Riordan, kumpulan dari Ireland ini bakal membuat persembahan di Malaysia sempena konsert jelajah dunia yang bakal diadakan pada 4 April 2012 bertempat di Stadium Negara, jam 8.30 malam.

Diuruskan  bersama  oleh  The  WonderLand+  dan  Sevent  Media,  The  Cranberries  Live  In Malaysia   2012  sememangnya sebuah konsert  kemunculan semula salah satu daripada band terbesar dunia dan tidak harus dilepaskan oleh peminat mereka. Untuk peminat kumpulan yang dianggotai empat ahli ini, tiket untuk menyaksikan konsert itu dibahagikan mengikut  kategori iaitu RM110 dan RM170 untuk tempat duduk bebas, tempat tiket bernombor pula dijual dengan harga  RM230  dan  RM280  (VIP).Manakala  harga  RM220  dan  RM300 pula  masing-masing adalah untuk kategori Rock Zone dan juga The Pit.

Bersempena dengan kehadiran Hari Valentine yang bakal disambut 14 Februari ini, satu promosi khas  untuk  pembeli  awal  akan  diadakan  mulai  13  Februari hingga  19   Februari.  Potongan sebanyak 15% akan diberikan kepada pelanggan yang membeli secara eksklusif melalui internet di www.ticketcharge.com.my dan juga melalui tempahan telefon dengan menghubungi talian 03-92228811.

Check Also

HONOR Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti baharu di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *