TKO: PEJAMKAN MATA – MALIQUE

Malique Ibrahim merupakan seorang rapper Malaysia, penerbit lagu, penulis lirik dan komposer yang amat disegani khasnya di dalam dunia hip hop. Beliau mula menjadi popular dipersada muzik tanahair  ketika bersama  Too Phat yang membawa genre muzik hip hop dan rap. Antara lagu-lagu ciptaan beliau yang menjadi siulan anak-anak muda adalah seperti  lagu Mentera Beradu (M. Nasir), Teman Pengganti (Black),Bawaku Pergi (Zizan & Kaka) dan Aku Maafkan Kamu (Dato Jamal Abdillah). Hasil ciptaan lagu Malique telah banyak memenangi anugerah antaranya Anugerah Industri Muzik  (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL), Shout Awards dan Voize Award (VIMA). Album ‘OK’ adalah album solo terkahir beliau yang dipasarkan dalam tahun 2008.

Kini, Malique tampil dengan album terbaru  beliau berjudul TKO: Pejamkan Mata yang telah dipasarkan hanya menerusi online store Qarma Musiq pada 22 Disember 2016 yang lalu.  Album ini menghimpunkan  lagu-lagu yang telah dipasarkan dahulu  dengan memuatkan  tiga lagu baru iaitu  Muzik Buatku High, Bukan Mudah bersama Nukilan dan Pejamkan Mata feat Dayang Nurfaizah.

Lagu ‘Pejamkan Mata’, menampilkan salah seorang penyanyi wanita popular Dayang Nurfaizah yang amat dikenali menerusi  beberapa buah lagu yang menjadi hit di antaranya ‘Seandainya Masih Ada Cinta, ‘Dayang Sayang Kamu’ dan ‘Lelaki Teragung’ yang memenangi AJL31 (Anugerah Juara Lagu) baru-baru ini. Manakala  lagu ‘Bukan Mudah’ pula menampilkan kumpulan Nukilan iaitu kumpulan  pertama yang bernaung di bawah Qarma Musiq. Kumpulan yang diberi nama Nukilan ini terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Kirana, Kelana dan Agenda. Mereka mula dikenali menerusi lagu ‘Rindu’ kolaborasi bersama Shae artis Indonesia yang sebelum ini terkenal dengan lagu hitnya ‘Sayang’.

Album Malique kali ini menampilkan kulit album yang telah menjadi topik bualan di media sosial  sekaligus, menjadi tanda tanya kepada peminat-peminat beliau diluar sana. Namun peminat Malique yang setia sahaja yang benar-benar akan memahami dan mengintepretasikan konsep kulit album ini secara positif.

Lirik-lirik  yang penuh bermakna samada yang tersurat mahupun  tersirat  adalah nukilan sepenuhnya  oleh Malique. Oleh yang demikian tidak hairanlah album ini sangat dinanti-nantikan oleh ramai peminat beliau. TKO : Pejamkan Mata terjual lebih 2,000 unit dalam tempoh kurang tiga minggu dilancarkan di laman web rasmi Qarma Musiq.

This is the album link Spotify on Malique TKO : Pejamkan Mata

Berikut merupakan senarai lagu-lagu yang terkandung di dalam TKO: Pejamkan Mata:

  1. Warkah Dari Perbatasan (Intro)
  2. Salut featuring Ariz
  3. Perang Dah Tamat featuring Rabbani
  4. 2010 Masih Hip Hop featuring Joe Flizzow
  5. Muzik Buatku High
  6. Senyum featuring Najwa
  7. Cuba Lagi featuring Lah Ahmad
  8. Bukan Mudah with Nukilan
  9. Aku Maafkan Kamu featuring Jamal Abdillah
  10. Teman Pengganti with Black
  11. Pejamkan Mata featuring Dayang Nurfaizah

Di sini saya lampirkan pautan link untuk membuat tempahan album TKO: Pejamkan Mata ini: https://www.qarmamusiq.com/announcements/

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *