tonton Melangkah lebih XTRA

Disenaraikan sebagai  perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia dengan lebih 7.4 juta pengguna, tonton mengorak langkah ekstra dengan menganjurkan acara Parti #RatedXtra di Zouk, Kuala Lumpur.

Lebih dari 300 barisan bintang ternama, kenamaan, pengamal media dan selebriti media sosial hadir ke acara hari ini. Sesuai dengan tema ‘Alter Ego’, para tetamu hadir dalam penggayaan fesyen terbaik menyerikan acara gilang-gemilang ini.Acara telah dimeriahkan dengan persembahan memukau termasuk beberapa pengumuman istimewa oleh Ben Jern Loh, Pengurus Besar, tonton. Dihoskan oleh Hafiz Hatim (penyampai radio Fly FM) dan Zooey (hos Pop Bytes).

Parti #RatedXtra turut menampilkan wajah tonton iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli dan ThomasJack (penyanyi sensasi YouTube Malaysia); selain barisan pelakon utama drama bersiri popular Titian Cinta iaitu Farah Nabilah dan Daler Yusuf serta JinnyBoy dan Reuben, sensasi YouTube popular Malaysia. Turut hadir, wakil dari The Ming Thing.

Pelanggan VIP kini menikmati potongan diskaun 50% untuk SEUMUR HIDUP menerusi langganan pakej Superhero di aplikasi tonton sebelum promosi berakhir pada 31 Disember 2017. Pelanggan boleh melanggan menerusi aplikasi tonton di laman web tonton.com.my.

Pengalaman tontonan di rumah anda

Bagi menjadikan pengalaman tontonan lebih menarik dan capaian meluas di skrin besar, tonton kini boleh diakses di platform SMART TV (model terkini LG, Samsung dan Panasonic) dan modem OTT Android (untuk kesemua TV yang menyokong sistem Android termasuk SMART TV yang menyokong sistem operasi Android TV) bermula Januari 2018.

Tontonan Sosial

tonton adalah perkhidmatan penstriman video OTT ulung di rantau ini yang bakal memperkenalkan teknologi Camment pada suku pertama tahun 2018. Pengenalan teknologi Camment di tonton membolehkan interaksi sembang sosial sehingga ke 6 pengguna pada satu-satu masa selain ciri pengesan suara di dalam sistem memacu capaian terhadap pemasaran bisnes pintar.

Teknologi yang menyokong pemasaran sosial pintar, membolehkan jenama bekerjasama dengan platform untuk pengiklanan kandungan yang relevan berdasarkan interaksi yang dibuat antara pengguna menerusi fungsi pengesan suara.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *