Tottenham Hotspur Berkunjung KE MALAYSIA Untuk Piala AIA

IMG_5920Tottenham Hotspur dengan sukacitanya mengumumkan akan berkunjung ke Kuala Lumpur bulan depan untuk menentang Malaysia XI dalam Piala AIA.

 Perlawanan akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Rabu 27 Mei, jam 8.45 malam waktu tempatan (12.45 tengah hari waktu UK) sebelum pasukan berlepas ke Sydney untuk aksi persahabatan menentang Sydney FC di Stadium ANZ pada Sabtu berikutnya.Ini akan menjadi kunjungan pertama Tottenham Hotspur ke Malaysia sejak 1979 dan membekalkan peluang kepada Kelab itu untuk melibatkan diri dengan lebih dekat bersama kumpulan penyokong setianya yang cukup terkemuka di rantau ini.

Kelab Penyokong Rasmi Tottenham Hotspur di Malaysia ditubuhkan pada 2010 dan ianya merupakan satu daripada lebih 100 kelab penyokong dimiliki Kelab ini di seluruh dunia. Kelab ini mempunyai anggaran peminat lebih dari 170 juta di rantau Asia.Pemain skuad utama dan legenda Kelab akan mengambil bahagian dalam sesi bertemu peminat sebagai sebahagian dari aturcara kunjungan, dengan skuad turut dijadual menyertai aktiviti komuniti di Kuala Lumpur bersama-sama rakan utama Kelab, AIA.

Ketua Jurulatih Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, berkata: “Kami gembira untuk bertandang ke Malaysia dan berharap dapat memberikan peminat kami di sana peluang untuk melihat kami beraksi secara dekat menentang pemain terbaik dari negara mereka.“Kami sedar akan jumlah pengikut setia yang kami punyai di seluruh Asia dan Kelab Penyokong yang cukup terkemuka yang kami ada di Malaysia, dan kami berharap dapat menampilkan aksi hebat kepada mereka pada malam tersebut sebagai tanda terima kasih di atas sokongan berterusan yang mereka berikan setiap minggu.

Tiket terbuka dijual pada harga RM58 dengan tiket VIP terhad boleh didapati pada harga RM428 dan RM328. Kesemua tiket sudah boleh dibeli di Ticketpro, sama ada secara online via www.ticketpro.com.my dan hotline, +603-7880-7999. Tiket boleh didapati di cawangan Ticketpro pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *