Travelex Malaysia Buka Lima Outlet Pertukaran Mata Wang Asing di Lapangan Terbang Antarabangsa KL

Travelex, pembekal pertukaran mata wang asing terulung di dunia, telah melancarkan pembukaan lima outlet pertukaran mata wang asing ‘retailtainment’ dan ‘berkonsep terbuka’ di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL), Malaysia. Outlet-outlet tersebut turut menampilkan teknologi digital dan interaktif untuk menghasilkan transaksi yang lebih menarik dan tanpa banyak masalah untuk mereka yang terbang melalui KUL.

Menurut pengurus besar perniagaan komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin, yang turut berada di majlis tersebut, pelancaran kedai pertukaran mata wang asing berdasarkan ‘retailtainment’ dan ‘konsep terbuka’ di KLIA ini untuk julung kalinya Malaysia Airports melancarkan inisiatif yang sejajar dengan strategi ‘Commercial Reset’.

“Dengan lokasi strategik Travelex di lapangan terbang kami, penukaran mata wang kini tidak lagi menjadi pengalaman yang suram. Persediaan menarik dan interaktif ini menambah keseronokan para tetamu seperti kuiz, di mana mereka boleh sertai dan tebus hadiah percuma sambil memenuhi keperluan pelancongan mereka. Ini akan mengiringi rancangan transformatif untuk memprofilkan Malaysia Airports sebagai destinasi gaya hidup dengan sempurna,” tambahnya.

Travelex telah mengubah semula definasi pertukaran mata wang asing dengan khidmat nilai tambah yang luar biasa. Pengerusi Travelex Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri AP Arumugam berkongsi bahawa Travelex Malaysia ialah perintis pertama untuk melancarkan outlet pertukaran mata wang asing ‘retailtainment’ dan ‘konsep terbuka’ yang baru dengan akses interaktif digital di Asia Selatan. “Kedai-kedai kami direka bentuk untuk memberikan pelanggan kami pengalaman pertukaran mata wang asing yang mudah dan mesra digital.”

Pengarah komersial Asia Pasifik Travelex, Cameron Hume berkongsi bahawa Travelex bermatlamat untuk menawarkan lebih daripada khidmat pertukaran mata wang asing kepada para pelancong. “Perkhidmatan ‘pesan-dalam-talian-dan-ambil-di-kedai’ kami memudahkan para pelancong.

Tambahan pula, kami membawa pengalaman lapangan terbang keseluruhan kepada para pelancong. Mereka boleh mengakses pertukaran mata wang asing interaktif Travelex melalui panduan pelancongan dan kuiz menyeronokkan sambil menunggu penerbangan mereka. Kami ingin para pelancong untuk bersantai disamping Travelex menjaga keperluan wang pelancongan mereka.”

Untuk memastikan jangkauan yang lebih luas, Travelex akan bekerjasama dengan outlet bebas cukai Malaysia Airports, Eraman, dengan menawarkan ganjaran menarik dan akses yang lebih banyak sehingga ke promosi nilai tambahan kepada pelanggannya.

Pengurus besar Eraman, Zulhikam Ahmad berkata, “Kolaborasi kami dengan Travelex adalah amat sempurna kerana ahli-ahli Eraman Privilege Card akan menikmati kadar istimewa dengan menunjukkan kad mereka. Apabila kami melancarkan identiti dan kad ahli baru kami April lalu, kami hendak meningkatkan pengalaman Eraman dan anda akan dapat melihat ini dengan lebih pada masa hadapan, apabila kami melancarkan perkongsian yang menyeronokkan seperti ini. ‘Privilege Card’ kami boleh digunakan di semua kedai kami, dari peruncitan kepada makan dan minum dan ini akan membuat pengalaman anda lebih berharga.”

Pengarah dagangan Asia Selatan dan pengurus besar negara Malaysia Travelex, Rakesh Aravind, berkongsi bahawa transformasi baru konsep outlet pertukaran mata wang itu, yang selari dengan strategi ‘Commercial Reset’ Malaysia Airports bakal menawarkan pengalaman pertukaran mata wang yang luar biasa kepada para pelancong, termasuklah menawarkan pengalaman membeli-belah melalui perkongsian ini bersama Eraman.

Travelex mementingkan para pelanggan dan rakan kongsi perniagaan mereka dalam perniagaan mereka. Mereka telah memenangi Customer Service Excellence Award di Majlis KLIA Awards oleh Malaysia Airports. Dengan kehadiran rangkaian global yang kuat, Travelex memahami keperluan untuk mengguna cerapan tentang perkembangan pasaran dan tingkah laku perbelanjaan pelancong.

Travelex menawarkan bayaran komisyen 0% untuk lebih daripada 42 mata wang untuk memanfaatkan para pelanggan. Rakyat Malaysia dapat menikmati kadar istimewa semasa berurus niaga di kedai Travelex KLIA; terdapat dua kedai di dewan berangkat di aras lima di bangunan terminal utama sementara tiga lagi diletakkan di aras tiga di balai ketibaan di bangunan terminal utama, bangunan satelit dan balai perlepasan domestik.

 

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *