U Mobile Memperkenalkan Game-Onz Pelan Data Tanpa Had Untuk Permainan Komputer

U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, mencipta sejarah sekali lagi, kini sebagai telco pertama di negara ini untuk membolehkan pelanggan prabayar menikmati pekej data tanpa had untuk bermain permainan komputer. Pelan baharu ini dinamakan Game-OnzTM, dan membolehkan pelanggan nikmati permainan komputer terpilih daripada penerbit seperti STEAM, Garena dan Playone Asia, pada bila-bila masa dan di mana jua, tanpa perlu risau akan kehabisan data.

U Mobile berharap pelan ini dapat meredakan kekecewaan yang dialami pemain tegar yang sebelum ini tidak mampu menikmati permainan komputer sepenuhnya dengan kerana  isyarat WiFi yang lemah atau hubungan broadband tetap yang lembab. Game-OnzTM membolehkan pelanggan prabayar U Mobile menikmati permainan komputer, tanpa perlu risau, dengan menukarkan telefon pintar masing-masing menjadi WiFi Hotspot mudah alih.

“U Mobile bangga kerana dapat memperkenalkan satu lagi perkhidmatan yang pertama di negara ini, iaitu Game-OnzTM. Pelanggan prabayar yang tidak pernah dapat menikmati d data tanpa had, kini mampu menikmati permainan komputer tanpa had dengan Game-OnzTM. Ini bermakna, pelanggan Game-OnzTM U Mobile boleh menikmati permainan komputer sebaik terhubung dengan telefon pintar pada bila-bila masa, dan di mana jua tanpa risau kehabisan data.”

jasmine-lee-chief-marketing-officer-of-u-mobile-ramona-azween-professional-gamer_final

Dengan Game-OnzTM U Mobile, pelanggan boleh menikmati data tanpa had bagi permainan komputer berikut daripada STEAM, Garena dan Playone Asia:

  • Dota 2, Counter-Strike: Global Offensive dan Team Fortress 2, terbitan STEAM
  • League of Legends dan FIFA Online 3, terbitan Garena
  • BlackShot dan Echo of Soul, terbitan Playone Asia

Selain memperolehi data tanpa had untuk permainan komputer, para pelanggan Game-OnzTM, akan turut menikmati Music-OnzTM yang menawarkan striming muzik tanpa had daripada 19 rakan kongsi, secara percuma tanpa menggunakan data. Antara rakan kongsi yang terbabit ialah Spotify, JOOX, Tidal, KKBOX, Raku, BFM 89.9, ERA fm, MY FM, hitz fm, MIX fm, LiteFM, Sinar FM, THR Raaga, THR Gegar, MELODY FM, Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM.

Mulai hari ini, pelanggan pascabayar dan prabayar juga boleh membeli STEAM Wallet Codes, sama ada menggunakan kredit prabayar atau dimasukkan dalam bil pascabayar.

Game-OnzTM U Mobile dilancarkan sempena MSI MGA Pacific Championship, iaitu salah satu kejohanan eSports terbesar Malaysia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan U Mobile, sila layari u.com.my.

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *