Universiti Putra Malaysia bekerjasama dengan PNT Research untuk meningkatkan keberkesanan bahan berfungsi

Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini mengumumkan kerjasama antara Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan (Bioprocessing and Biomanufacturing Research Centre atau BBRC) dan syarikat bioteknologi PNT Research. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk meningkatkan keberkesanan bahan-bahan berfungsi untuk menyumbang ke arah masyarakat dengan penuaan yang sihat. Kerjasama ini akan menyelami potensi mikroalga untuk mencegah tekanan oksidatif.

Tekanan oksidatif seringkali dikaitkan dengan penyakit kronik, seperti barah, kencing manis, penyakit Alzheimer dan penyakit kardiovaskular Tekanan oksidatif disebabkan oleh kelebihan radikal bebas dalam sel-sel tubuh dan boleh merosakkan sel, protein, dan DNA.

Ia membawa kepada penuaan pramatang dan semakin kerap berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk penuaan, perubahan gaya hidup, tekanan dan pencemaran.

Untuk membantu mencari jalan penyelesaian, ketua BBRC Profesor Dr. Arbakariya Ariff mengetuai pasukannya untuk mengkaji mikroalga laut TetraSOD®, yang dianggap sebagai bahan berfungsi antioksidan yang paling berkesan dan berkhasiat.

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan PNT Research, bermula dengan meningkatkan keberkesanan TetraSOD® (Tetraselmis chuii) dan diikuti dengan bahan-bahan berfungsi yang lain.

“Usaha ini akan mengurangkan risiko kesihatan yang dibawa oleh penningkatan umur, dan membolehkan orang ramai mencapai penuaan yang sihat, agar mereka dapat sembuh cepat dari penyakit dan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik,” katanya.

Pengarah urusan PNT Research, Lee Bin Hao, mengatakan bahawa kerjasama dengan UPM adalah berlandaskan matlamat yang mudah tetapi jelas: untuk menghasilkan produk bahan berfungsi yang berkualiti dan berpatutan supaya dapat dimanfaatkan secara meluas oleh pengguna.

“Penduduk dunia semakin menua, dan Malaysia tidak terkecuali. Sebagai rakyat yang patriotik, kami ingin menyumbang kembali kepada masyarakat, bermula dengan TetraSOD®.

“Usaha kami akan dibangun berdasarkan landasan sains yang kukuh, dengan mengambil kira keperluan akademik, industri dan pengguna,” katanya.

Pengkaji madya (associate researcher) BBRC, Dr Fadzlie Wong Faizal, berkata bekerjasama itu bukan satu (1) norma tetapi kejayaan yang luar biasa.

“Jelas bahawa kisah kejayaan kolaborasi itu tidak dibuat di ruang dewan pencakar langit. Ini adalah hasil visi dan misi bersama untuk menggalak, melindungi dan meningkatkan kesihatan sepanjanf hidup.

“Kami akan memberikan yang terbaik untuk menggerak inovasi saintifik dan teknologi bagi mencapai output berkualiti tinggi,” katanya.

Saintis PNT Research, Jass Kwa Jia Sim nenyifatkan kerjasama itu sebagai contoh utama bagaimana akademik dan industri dapat meningkatkan pertumbuhan yang didorong oleh inovasi.

“Lebih banyak yang dapat dilakukan meningkatkan output ilmiah Malaysia agar setara dengan negara-negara dunia pertama seperti Jepun dan Korea Selatan.

“Kita semua berperanan dalam memperbaiki kehidupan orang lain,” katanya.

Turut hadir adalah wakil dari syarikat Sepanyol, Fitoplancton Marino yang merupakan peneraju dunia dalam pengeluaran mikroalga marin; DKSH dari Switzerland yang merupakan peneraju dunia dalam perkhidmatan pengembangan pasaran; dan Gelita, sebuah syarikat Jerman yang menerajui dunia dalam teknologi kolagen.

Perikatan Strategik

1. Fitoplancton Marino
Pencipta TetraSOD®, syarikat bioteknologi laut Fitoplancton Marino, memuji kerjasama itu sebagai perkongsian yang akan menyuntikkan nafas baru dalam R&D bahan-bahan berfungsi.

Ketua pengarah Fitoplancton Marino, Carlos Unamunzaga, berkata: “Kami berbangga melihat rakan kongsi
kami mengembangkan kemampuan inovasi mereka. Industri ini akan mendapat banyak manfaat dari
kepakaran baru di Malaysia ekoran kerjasama antara UPM dan PNT Research.

Fitoplancton Marino komited untuk bekerjasama dengan rakan perniagaan kami, berkongsi pengetahuan teknikal dan mencari kaedah untuk meningkatkan keberkesanan produk, kata Unamunzaga.

“Kami berharap dapat memperkuat pakatan strategik kami dengan PNT Research, untuk meningkatkan
keupayaan dan potensi sains dalam memberikan kesihatan dan kesejahteraan.

“Kami yakin mereka akan mencapai kejayaan dengan UPM, yang merupakan antara terbaik dan kini menduduki tempat ke-28 universiti terbaik di Asia tahun ini,” tambahnya.

2. DKSH

DKSH, penyedia Perkhidmatan Perluasan Pasaran terkemuka di dunia, mengucapkan tahniah kepada PNT
Research atas kerjasama dengan UPM.

Pengarah DKSH Asia Tenggara (Performance Materials, Indonesia, Malaysia & Singapore), Victor Liew,
berkata: “DKSH menikmati hubungan kerja yang kuat dengan PNT Research – berlandaskan matlamat bersama untuk memperkayakan kehidupan orang ramai – menyokong rakan perniagaan kami dengan dedikasi yang menggabungkan kebolehpercayaan Switzerland dan sikap boleh-lakukan (can-do attitude) orang Asia.

“DKSH berkongsi misi dan visi PNT Research dan sedia bekerjasama rapat dengan PNT Research dalam memberikan bahan-bahan berfungsi dan nutraseutikal berkualiti, kepakaran teknikal yang komprehensif dan penyelesaian yang canggih.

“Kami berbangga melihat rakan niaga kami mengembangkan kemampuan inovasi mereka,” katanya.

3. Gelita

Gelita, syarikat nombor satu di dunia dalam penyelidikan kolagen, juga menyampaikan mesej tahniah.

Dalam perutusannya, pengurus perwakilan Gelita untuk Asia Tenggara, Louis Emmanuel Jaillon, menyatakan bahawa Gelita dan PNT Research komited untuk memacu inovasi produk bahan berfungsi.

Dia menyatakan kesediaan Gelita untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama PNT Research untuk meningkatkan kualiti hidup orang ramai.

“Kami sedia berganding bahu dengan PNT Research untuk memperluas aplikasi bahan berfungsi,” katanya.

Sariya Chubpailin, penyelaras perniagaan di Gelita Thailand, berkata: “Kami yakin bahawa kerjasama antara UPM dan PNT Research akan memberikan sumbangan yang berguna untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan bagi orang ramai,” katanya.Sariya Chubpailin, business coordinator at Gelita Thailand

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *