VITAGEN Mengetengahkan Bagaimana Sistem Penghadaman Mempengaruhi Imuniti, Emosi dan Kepekaan Mental

Sebagai sambungan kepada ulang tahun ke-40 dalam penjagaan sistem penghadaman, minuman Susu Kultur No. 1 Malaysia, VITAGEN Malaysia telah membawakan roadshow seluruh negaranya, VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017 dari Lembah Klang ke Wilayah Utara untuk meneruskan tujuannya untuk mengetengahkan kepentingan sistem penghadaman yang sihat dan peranannya dalam meningkatkan imuniti, emosi dan kepekaan mental.

Sepanjang kedua-dua roadshownya, VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017 telah menarik sekurang-kurangnya 16,000 pengunjung dengan pelbagai aktiviti pendidikan dan interaktif. Cabaran “Maze” (laluan selirat) dalam bentuk botol VITAGEN yang direka untuk memaparkan bagaimana kita boleh meningkatkan kesihatan sistem penghadaman menerusi VITAGEN terbukti menjadi tumpuan orang ramai. Pengunjung yang berjaya menamatkan perjalanannya dalam cabaran “Maze” (laluan selirat) dihadiahkan sebotol VITAGEN melalui mesin layan diri yang bersifat interaktif.

“Sempena ulang tahun VITAGEN yang ke-40, kami bertekad untuk menyebarkan mesej mengenai kepentingan kesihatan sistem penghadaman dan impaknya terhadap kesejahteraan kita secara keseluruhan. Mengetahui peranan penting yang dimainkan oleh sistem penghadaman untuk kesihatan fizikal dan mental kita dapat membantu kami mencapai potensi kita yang sepenuhnya,” kata Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN.

Roadshow VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017 juga dimeriahkan dengan tiga permainan yang menyeronokkan dan yang menekankan tiga manfaat utama kesihatan sistem penghadaman, iaitu ‘Kenali Sistem Penghadaman Anda’, yang memberi kesedaran tentang tahap imuniti yang tinggi, ‘Hapuskan Bakteria Jahat’, yang menggalakan emosi yang lebih seimbang, dan ‘Cari Botol VITAGEN Yang Tersembunyi,’ yang menguji kepekaan mental para pengunjung. Beberapa orang pengunjung juga memenangi cenderahati dan hadiah apabila mereka menyertai permainan yang menyeronokkan ini.

“Saya sekeluarga sekarang lebih sedar akan peranan kesihatan sistem penghadaman terhadap kesihatan keseluruhan kita setelah menghadiri VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017. Akitiviti kegemaran kami merupakan cabaran “Maze” (laluan selirat), dan ia merupakan aktiviti yang menghiburkan dan berpendidikan untuk seluruh keluarga,” ulas salah seorang pengunjung.

Imuniti Kita Bermula Daripada Sistem Penghadaman

Setiap botol VITAGEN dihasilkan melalui proses penapaian susu skim dan berbilion-bilion kultur hidup dan aktif yang telah dirumuskan untuk melalui saluran gastrousus sambil membantu mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan jahat untuk penghadaman yang lebih baik dan sistem imun yang lebih kuat. Oleh sebab 70% daripada sistem imun kita terletak di dalam sistem penghadaman, kita mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menentang penyakit melalui sistem imun yang lebih kuat dengan bantuan sistem penghadaman yang lebih sihat.

Kesihatan Sistem Penghadaman Mempengaruhi Kepekaan Mental

Pelbagai kajian yang dijalankan mendapati bahawa ekosistem bakteria kompleks yang didapati di dalam badan dan usus kita mengawal perasaan dan minda kita melalui hubungan sistem penghadaman dengan otak (gut-brain connection). VITAGEN membantu memastikan ekosistem bakteria dalam sistem penghadaman kita seimbang, justeru meningkatkan kepekaan mental.

Sistem Penghadaman Kita Mempengaruhi Emosi

Sistem penghadaman kita menempatkan dan menghasilkan kebanyakan bahan kimia yang diperlukan oleh badan untuk mengawal emosi kita. Malah, hampir 95% daripada serotonin, iaitu bahan kimia yang mencetus ‘perasaan gembira’ kita, dihasilkan oleh sistem penghadaman. Probiotik yang dikandungi oleh VITAGEN membantu bahan-bahan kimia ini untuk memberikan isyarat kepada sistem saraf pusat dan mempengaruhi emosi kita secara langsung. Kehadiran bakteria yang baik mempunyai hubungan positif dengan emosi kita.

Dalam memahami keperluan rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat, VITAGEN yang telah pun sinonim dengan penjagaan sistem penghadaman telah menjalankan pelbagai inisiatif dan kempen untuk menekankan selanjutnya hubungan positif antara sistem penghadaman yang sihat dan tiga aspek utamanya, iaitu keimunan, kepekaan mental dan emosi. Disebabkan VITAGEN mengandungi berbilion-bilion kultur ‘Lactobacillus acidophillus’ dan ‘Lactobacillus casei’ yang hidup dan aktif, VITAGEN berfungsi sebagai pelengkap kepada sistem penghadaman yang lebih baik dan sistem imun yang lebih kuat, di samping kesihatan secara keseluruhan.

Sertai roadshow VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017 yang akan diadakan pada 9 November hingga 12 November 2017 di AEON Tebrau City, Johor Bahru. Untuk maklumat lanjut mengenai VITAGEN atau acara-acara yang bakal diadakan, sila layari www.vitagen.com.my.

 

 

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *