WEBER PDT tawar satu lagi teknologi baru untuk merawat pesakit kanser

Weber PDT Cancer Therapy & Heart Center telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ong Tee Kiat di Menara See Hoy Chan, Jalan Tun Razak. Para tetamu yang turut menghadiri majlis perasmian itu juga termasuk Dato’ Dr. Azman Ching, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cannis, Dr. Martin E Roberts, Ketua Pegawai Eksekutif Weber PDT juga merupakan pakar konsultasi Klinik Mikrobiologi di UMMC.

Weber PDT diberi nama bersempena teknologi utama yang digunakan di Weber PDT Cancer Therapy & Heart Center ini dinamakan sebagai Weber Photodynamic Therapy (PDT). Terapi ini boleh menghapuskan sel-sel kanser dalam badan pesakit dengan menggunakan kaedak lasik pelbagai warna berdasarkan jenis dan peringkat berbeza mengikut penyakit kanser tersebut.

Ketepatan rawatan ini dalam memerangi virus dan sel-sel kanser, skop rawatan PDT boleh diaplikasikan ke semua jenis penyakit kanser, termasuk:

  • Penyakit umum pada wanita – kanser payudara dan ovari;
  • Penyakit biasa pada lelaki – kanser pundi kencing dan prostat;
  • Kanser sistemik – tekak, paru-paru, dada, hati, pankreas, perut, kolon, rektum, leukemia, limfoma;
  • Dermatosis – keratosis actinic, karsinoma sel basal dan karsinoma sel skuamosa.

Dengan teknologi yang berkuasa tinggi, rawatan ini juga telah memperluaskan pergunaannya. Warna lasik yang berbeza boleh memberikan penambahbaikan tertentu dalam badan dan meningkatkan fungsi keseluruhan badan itu. Beberapa faedah dapat dilihat selepas menggunakan rawatan PDT termasuk antidepresan, detoksifikasi, peningkatan dalam kualiti tidur, rangsangan keseluruhan sistem imun dan menggalakkan peredaran darah. PDT juga berkesan dalam merawat jangkitan kronik, Hepatitis B, Hepatitis C, penyakit Lyme, dan AIDS melalui penggunaan lasik ultraungu.

Selain ianya diiktiraf oleh Medical Device Authority Ministry of Health Malaysia (MDA), terapi ini juga telah menerima beberapa pensijilan antarabangsa, termasuk Pentadbiran Peranti Perubatan Kanada, China, dan Australia.

Misi Weber PDT adalah untuk membawa harapan baru kepada setiap pesakit dan membantu mendapatkan kembali kesihatan mereka melalui rawatan yang terbaik dan penjagaan kesihatan yang betul. Weber PDT percaya bahawa kekayaan terbesar adalah kesihatan yang berpanjangan. Weber PDT sangat komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengguna dalam menyelesaikan masalah kanser dan jantung mereka. Menyediakan pengalaman yang unik juga bermakna melalui perkhidmatan yang berkualiti dan kakitangan yang berkelayakan amat Weber PDT titik beratkan bagi memastikan semua pengguna boleh mendapatkan semula tubuh badan yang sihat sebelum meninggalkan pusat kesihatan kami.

  • Wealth is health
  • Excellent service
  • Benevolent staff
  • Emphasis on quality and user experience
  • Rejuvenescence and rectification

Dengan tahap teknologi yang tinggi dan menjanjikan pengalaman pengguna kelas pertama, rawatan yang disediakan di Weber PDT Cancer Therapy & Heart Cancer ini tidak merbahaya dan amat berkesan bersesuaian dengan era perkembangan teknologi kini kepada semua lapisan masyarakat.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *