Wirama “SulalatusSalatin” Bakal Bergema Di The Bee Publika

Buat peminat muzik Underground tempatan, nama Farasu seakan sudah sinonim di kalangan mereka apatah lagi setelah tampil dengan sebuah demo dan mini cd serta tiga buah album penuh. Karya-karya tersebut adalah Demo ‘A Millennium of Madness’ (2002), MCD ‘The Blackmoon Eclipse’ (2006), Album ‘Menongkah Arus’(2010), ‘Against Tyranny’(2015) dan yang terkini ‘Sulalatus Salatin’.

Selain aktif beraksi di Semenanjung Malaysia, Farasu turut bergiat aktif dalam persembahan di Singapura, Sarawak, Sabah dan Indonesia. Persembahan pertama Farasu di pentas antarabangsa pada tahun 2006 dalam sebuah gig di Substation, Singapura. Kemudian pertengahan tahun 2007, Farasu berpeluang mengadakan persembahan di Surabaya dan Jogjakarta, Indonesia.

Langkah jauh Farasu di peringkat antarabangsa berkesinambungan setelah kemunculan album ‘Against Tyranny’ pada tahun 2015. Sepanjang tahun 2015 hingga 2017, Farasu tanpa henti meneruskan gerakan aktif persembahan di Indonesia, Taiwan, China, Nepal dan Australia.

Antara jenama-jenama persembahan pentas yang pernah di sertai Farasu adalah Dumai Tektonik, Melayu Mengaghok (Bengkalis), Batam Under sickness IV & V, Jogja Brebeg 2015, Daimonius Open Air Bali, A Fest China, Taiwan Death metal Fest 2016 & 2017 serta Tour Pre-Album Sulalatus Salatin 2017 bersama kuasa metal Indonesia, Siksakubur.

Farasu juga tidak ketinggalan dalam aksi-aksi pentas besar di tanahair seperti Rock The World 15 & 17, A Fest, persembahan khas di Hard Rock Cafe KL & Melaka.

Sulalatus Salatin merupakan ‘pro-release’ ketiga yang dihasilkan oleh Farasu selepas album Menongkah Arus dan Against Tyranny.

Sulalatus Salatin mempersembahkan lapan buah lagu baru yang menggabungkan elemen-elemen muzikal Nusantara seperti ghazal, joget, irama dan melodi Melayu disusun bersama muzik asas death metal. Album ini didatangkan dalam bentuk digipek.

Bersempena dengan kelahiran album “Sulalatus Salatin”, Farasu bakal mengadakan ‘launching party’ pada 1 Julai 2018 di The Bee, Solaris Dutamas Kuala Lumpur. Acara ini turut menampilkan lima buah kumpulan lain antaranya Frost and Revenge, Gorgonov, Exothermix, Kreacion,  Alyss A Maniac dan
Penunggu.  Showcase yang bermula pada jam 2 petang ini hanya mengenakan tiket berharga RM25 sahaja malahan anda akan menerima sekeping stiker serta poster.

Selain daripada itu, Farasu turut merangka jelajah khas album Sulalatus Salatin ke seluruh Negara meliputi lokasi-lokasi pilihan. Jelajah yang sama bagi peringkat serantau iaitu di bandar-bandar utama seluruh Indonesia juga akan dimulakan selepas Aidilfitri nanti

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *