Zara Zya Lancar Single Perdananya ‘TIADA DENDAM’

Siapa yang tidak kenal dengan Zara Zya. Memulakan karier sebagai pelakon pada tahun 2011 sebagai pelakon pembantu. 2013 beliau mula ditawarkan untuk memegang watak utama. Namanya mula melonjak menerusi Drama Love U Mr Arrogant. Lakonannya yang mantap dan sangat berkesan telah membolehkan beliau terpilih sebagai Artis Baru Meletop, Hero & Heroin Drama Festival Kuala Lumpur, Artis Baru Wanita Popular Berita Harian dan beberapa anugerah lagi pada 2014. Drama lakonan beliau, Love U Mr Arrogant turut terpilih sebagai Drama Pilihan Festival Drama Kuala Lumpur pada tahun yang sama.

Kini, Zara mengorak langkah sebagai penyanyi apabila melancarkan single perdananya ‘TIADA DENDAM ‘. Lagu ciptaan Lieynur Liey / Fauzi Aisunam manakala liriknya nukilan penulis lirik yang tidak asing lagi iaitu Iman Imran ini sudah boleh didengar di Apple Music pada 29 Mac 2018 manakala video liriknya akan dilancarkan di Channel Youtube Life Records Malaysia pada 30 Mac 2018. Lagu ini juga boleh didengar di Spotify, JOOX,KKBOX, DEEZER dan lain-lain digital platform pada 30 Mac 2018.

“Lagu ni saya hadiahkan supaya semua orang jadi positif. Walau apa pun jadi, tetap kena strong. Mesti ada hikmah. Hadiah juga untuk peminat saya”, kata Zara Zya mengenai lagu ini.

TIADA DENDAM ini merupakan kerjasama syarikat Zara sendiri, Zara Zya Management Sdn Bhd bersama Life Records dan Waznah Sdn Bhd dari Brunei Darussalam.

Untuk maklumat lanjut, boleh subscribe dan follow :

Youtube: Life Records Malaysia

FB: Life Records Malaysia

IG : liferecordsmy

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *