“Zee Bollywood Nite 2012” – Meriah

Zee Bollywood Nite 2012 yang diadakan di PICC, Putrajaya ternyata mengembalikan kehangatan yang sama seperti tahun 2010.

Gabungan dua pengacara tersohor India Manish Paul dan Jessy Chahal pengacara tempatan sememangnya sungguh mantap.  Acara dimulai dengan tarian yang diiringi dengan lagu medley Raanja  Dum Maaro dan Anjana  dan seterusnya tarian daripada Binny (pemenang Dance India Dance) dengan diiringi lagu-lagu medley Katiya Karu/C haracter Dhela/ Ooh  La La/Chikni Chameli,

Acara diteruskan dengan nyanyian ,merdu artis berbakat besar Abhilasha Chellam yang dilahirkan daripada rancangan realiti nyanyian terbesar di India, Saregamapa . Suara yang mersik berkemundang di seluruh dewan Plenary.

Seterusnya pasangan artis Ram Milaye Jodi , Sujay dan Sara Khan bergandingan dengan tarian yang sungguh mengasyikkan melalui lagu-lagu medley Dum, Dum Mast/I Hate Luv Storys/Senorita/Sadi Gali/Aliyva Hi Aiyva. Tampak keserasian kedua-dua mereka didalam tarian yang sungguh emosi  dan mengasyikkan.

Malam semakin hangat apabila penari2 cilik Vaishnavi dan Ruturaj membuat persembahan. Bakat mereka memang tidak dapat dinafikan  memberikan tarian yang sungguh comel dan menakjubkan. Kedua penari cilik ini  adalah hasil daripada rancangan reality program tarian India, Dance India Dance Lil Champ.  Tarian2 mereka adalah daripada lagu2 medley Singh is King/I hate U/Nakhare/JHor Ka Jhatka/Duniya Men/Usdaan/Dhinka Chika/Tai Tai Fish.

Acara kemuncak Zee Bollywood Nite 2012  semakin membara dengan kemunculan artis yang paling diitunggu-tunggu oleh semua iaitu jelitawan dan penari handalan seksi Bollywood Malaika Arora Khan. Ternyata bisa tarian beliau masih dapat dirasai. Gelekan dan lenggokan badan beliau amat serasi dengan lagu-lagu medley antaranya  yang wajib dipersembahkan ialah tarian daripada –  Chaiya Chaiya / Chamak Challo/ Munni Baadnam/Hot Rasiyle/Kaal Dhamal. Malaika bakal memberikan satu lagi persembahan tarian bertajuk Anarkali tidak lama lagi. Jadi peminat setia Malaika jangan ketinggalan untuk menantikan persembahan seksi beliau tidak lama lagu

Ternyata kegemilangan malam Zee Boolywood Nite 2012 terulang dengan persembahan yang  amat mempersonakan, penuh bersemangat dan berjaya menghiburkan peminat-peminat setia Bollywood Malaysia.

Kredit juga perlu diberikan kepada kedua-pengara Manish Paul dan Jessy Chahal yang menghidupkan suasana dewan menjadi gamat dengan keletah bersahaja mereka mengacarakan malam kegemilangan Bollywood Malaysia. Tidak hairanlah mengapa Manish Paul begitu baik didalam pengacaraan beliau dan dianugerah Gold Award 2012 bagi kategori  Hos Terbaik India.

Zee Bollywood Nite 2012 adalah persembahan daripada Zee Variasi – saluran 108 di Astro  yang mendapat tajaan utama dari POS Malaysia, penaja bersama Singer, dengan hotel rasmi, Sunway Resort Hotel & Spa, F&B Rasmi ; Sagar Restoran, Rakan Media; Astro dan penganjur Team Sound and Light.

 

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *