ZON CERIA SURIA FM Kembali!!!

Van Zon Ceria Suria FM

Bermula 12 September 2014, Zon Ceria Suria FM kembali untuk menghargai para pendengar Suria FM. Uniknya Zon Ceria kali ini, kami ada van Zon Ceria Suria FM yang akan berlegar-legar mengelilingi Lembah Klang untuk ke premis serta agensi kerajaan dan swasta bagi belanja pendengar Suria FM menikmati nasi lemak dan kopi secara percuma.

Van Zon Ceria Suria FM akan ke agensi-agensi kerajaan dan swasta disekitar Lembah Klang dan juga Ipoh sebagai destinasi luar Lembah Klang. Berlangsung selama 10 hari bermula 12 September hingga 26 September, van Zon Ceria Suria FM akan ke dua lokasi setiap hari untuk bertemu dengan pendengar. Lokasi pertama pada jam 8 pagi dan lokasi kedua pada jam 3 petang.

Zon Ceria_KWSP

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, “Sudah dua tahun acara Zon Ceria Suria FM ini diadakan dan ternyata sambutan yang diberikan oleh para pendengar sangat bagus. Jika sebelum ini kami ke restoran-restoran dan menjemput pendengar hadir, untuk kali ini, van Zon Ceria akan bergerak ke bangunan mereka untuk belanja pendengar Suria FM. Kami juga ada mengedarkan borang kaji selidik kepada setiap pendengar untuk mengetahui apakah maklumbalas mereka terhadap kami”.

“Kami amat berterima kasih kepada semua pendengar kerana terus menyokong Suria FM jadi inilah masanya untuk kali membalas kembali jasa pendengar. Selain Zon Ceria Suria FM, ada juga Telinga Power Suria FM dan Kamilah Malaysia Tour yang mencari pendengar setia untuk diberikan plak penghargaan”, tambahnya lagi.

Zon Ceria_KWSP2

Dilampirkan disini juga, jadual perjalanan van Zon Ceria Suria FM dan jika berkesempatan, ikuti mereka untuk menikmati nasi lemak dan kopi panas secara percuma. Layari www.suriafm.com.my untuk sebarang maklumat lanjut dan like kami di Facebook www.facebook.com/SuriaFMRadio serta ikuti kami, @suriafmradio di Twitter dan juga Instagram. Suria FM, menceriakan Duniamu.

Lokasi Van Zon Ceria Suria FM

Tarikh Hari Lokasi A (8pg) Lokasi B (3ptg)
12/9/2014 Jumaat KWSP, KL PKNS, Shah Alam
15/9/2014 Isnin Menara TM Jabatan Kimia,Jalan Sultan, PJ
17/9/2014 Rabu The Star Karangkraf
18/9/2014 Khamis Kementerian, Putrajaya Kementerian, Putrajaya
19/9/2014 Jumaat KWSP, PJ Tabung Haji, KJ
22/9/2014 Isnin Bangunan SUK Perak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak
23/9/2014 Selasa Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Jabatan Kesihatan Negeri Perak
24/9/2014 Rabu DBKL IPD Dang Wangi
25/9/2014 Khamis MPSJ Plaza Masalam, Shah Alam
26/9/2014 Jumaat Bangunan SUK Selangor IPD Shah Alam

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *