12 Artis Antarabangsa Bakal Buat Penampilan Sulung Di Malaysia Sempena Festival Unstop

Festival muzik elektronik terbaharu, Unstop Music Festival 2025 (UMF) telah dilancarkan secara rasmi dalam satu sidang media yang diadakan di Restoran Fathimaa Cheras, Warisan Cityview pada Rabu, 22 Januari 2025. Festival ini akan berlangsung di The Landing @ KL Base, Sungai Besi pada 8 Februari 2025.

Festival sehari ini bakal menampilkan 12 artis antarabangsa yang akan membuat penampilan sulung mereka di Malaysia. Pengurus pentas, Georgia menyatakan bahawa kesemua artis yang akan tampil di UMF belum pernah mengadakan persembahan di Malaysia sebelum ini.

Antara artis utama yang akan menghiburkan peminat termasuk Stan Christ, seorang penerbit-DJ dari Belanda yang aktif dalam genre hard techno sejak 2013, dan Act of Rage (Jacques Journee) yang terkenal dengan persembahan yang menggabungkan vokal, drop yang menggegarkan dan campuran muzik yang pantas.

Barisan artis antarabangsa lain termasuk Animosity dari Sydney, Byorn dari Belgium, D-Fence dari Belanda, Dvrgnt dari Sydney, duo Primeshock, MC DL, Jayron, dan Wasted Penguinz dari Sweden. Artis serantau pula termasuk Cyndi dari Taiwan, Pie Star pengasas Hardstyle Taiwan, Ph4ntam dari Melbourne dan DJ tempatan, Ruzz dari Kuala Lumpur.

Festival yang akan berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 1.30 pagi ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk gerai makanan dan minuman, trak makanan, tandas mudah alih dan masjid berhampiran. Pengarah festival, Benny Khiew menekankan bahawa UMF akan membawakan konsep berbeza di mana artis utama akan tampil dari awal festival, berbeza dengan festival-festival lain.

Tiket festival kini boleh dibeli melalui laman web rasmi ticketmelon.com/mxe/unstopmusicfestival dan duta-duta yang dilantik. Tiket Masuk Am (GA) Fasa 1 berharga RM148.00, manakala Fasa 2 pada harga RM188.00. Tiket VIP pula dijual pada harga RM188.00 untuk Fasa 1 dan RM238.00 untuk Fasa 2.

Pihak penganjur, MXE Entertainment memberi jaminan bahawa keselamatan pengunjung akan diberi keutamaan dengan kehadiran pasukan keselamatan, RELA dan pihak polis. Festival ini terbuka kepada pengunjung berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Unstop Music Festival mendapat sokongan dari Rhythm Revolt, Sky Events Asia dan Anaz KL, dengan rakan kongsi utama termasuk Tap Tap, Pop & Dope dan Hardstyle Republic. Mercure Hotel Kuala Lumpur Trion merupakan rakan penginapan rasmi, manakala Rentak Sejuta dan FLY FM adalah rakan media rasmi.

Maklumat lanjut mengenai festival ini boleh didapati di laman Instagram dan Facebook rasmi UMF.

Check Also

Memori Mungkin Berulang: Perjalanan Muzik Tomok & Siti Nordiana

Pada 1 Februari 2025, dua penyanyi tersohor tanah air, Tomok dan Siti Nordiana, akan menggemparkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *