15,000 Peminat EDM Banjiri Sunway Lagoon

IMG_8732

Hampir 15,000 peminat  membanjiri WOW Music Festival 2014 yang diadakan di Surf Beach,Sungai Lagoon sabtu lepas. Ia dibawakan khas oleh KONGSIN ENTERTAMENT dengan kerjasama JS CONCERT.Ia adalah tema ‘wet party’.Ia menampilkan dua DJ terbaik iaitu Steve Aoki dan Angger Dimas.

IMG_8516

DJ dari Jepun iaitu Yoshi Kanou membuka tirai parti tersebut tepat jam 4.00 petang.Para peminat mula membanjiri Sunway Lagoon sekitar jam 3.30 petang lagi. Ia diikuti pula dengan DJ Leng Yein dan Point serta Bennie  & Jekkie. DJ Fluff pula mula mengambil alih pentas jam 6.15 petang selama 30 minit sebelum Junior & Royal pula menguasai pentas.Peminat yang hadir semakin ramai.

DJ Leng Yein
DJ Leng Yein

Pada sebelah malam, DJ Ricky Stone mula membuat persembahan sekitar jam 7.30 malam selama sejam. Sekitar jam 8.30 malam DJ Angger Dimas dengan dibantu Mr Fluff mula menguasai pentas selama sejam setengah. Para peminat semakin menggila dan parti basah yang menjadi tema pada malam itu memang menjadi. Semua wanita yang hanya berbikini dan lelaki yang tidak berbaju sudah basah kuyup.

IMG_8980

Tepat jam 10.00 malam DJ Steve Aoki yang yang dinanti-nanti oleh semua mengambil alih pentas. Beliau sempat melemparkan 3 biji kek kepada para peminat beliau.Malaysia merupakan persinggahan Steve Aoki selepas Jepun.

[nggallery id=198]

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *