Seramai 19 selebriti popular Malaysia bakal menunjukkan bakat mereka didalam bidang kulinari bagi merebut gelaran MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2. Ia bakal disiarkan pada hari sabtu sehingga selasa jam 9.00 malam bermula 20 April 2013 di Saluran 104.
Mereka terdiri daripada Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Michael Ang, Norish Karman, Sathiya, Celina Khor, Afiq Muiz, Cat Farish, Yassin Yahya, Radhi OAG, Syanie Hisham, Enot, Lydiawati, Keroz Nazri,Syura, Sabhi Saddi, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Untuk musim ke-2 ia masih lagi mengekalkan konsep yang serupa di mana barisan selebriti akan diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan mental dan fizikal ketika di dapur.
Ia bakal bersiaran selama 10 minggu dan masih mengekalkan penkritik dan juri tetap yang sama iaitu Chef Jo, Chef Adu Amran dan Chef Zubir.