21North Europ Assistance kini di Malaysia

Penyedia penyelesaian teknologi automotif 21North melaksanakan usaha sama dengan Europ Assistance Malaysia, sebuah unit penyedia bantuan automotif antarabangsa yang terkemuka Europ Assistance Group, untuk melancarkan platform 21North Europ Assistance bagi memperkasakan pemilik kenderaan, pengedar automotif dan bengkel menerusi kemudahan ‘Pick up & Drop’ yang dipacu teknologi digital.

Kenaikan yang tinggi dalam permintaan di India, Singapura dan Indonesia sejak bermulanya pandemik membuktikan bahawa permintaan terhadap keperluan kenderaan kini mengalami peningkatan. Pengeluar peralatan tulen (OEM) terkemuka di negara-negara Asia Tenggara ini menjalankan usaha sama dengan 21North Europ Assistance untuk menyediakan kemudahan pengambilan dan penghantaran digital tanpa sentuh yang selamat dan berkesan kos.

Berikutan pelancaran ini, Malaysia kini merupakan pasaran Asia Tenggara ketiga yang mempunyai akses kepada perkhidmatan 21North Europ Assistance. 21North Europ Assistance mempunyai sekumpulan lebih 9000 penyedia bantuan, yang sehingga kini telah melaksanakan 4.5 juta perjalanan dengan nilai transaksi sebanyak RM264 juta (€55 juta) setahun. Pembangunan platform tersebut juga adalah selari dengan trend perbelanjaan teknologi maklumat (IT) yang kian meningkat dalam industri automotif. Menurut laporan Future of Mobility oleh Frost & Sullivan, perbelanjaan IT dalam bidang automotif akan meningkat daripada $38 bilion dalam tahun 2015 kepada lebih $168 bilion dalam tahun 2025.

Dengan menggunakan 21North Europ Assistance, pemilik kenderaan boleh mendapatkan khidmat servis bagi kenderaan mereka menerusi penyelesaian digital “pengambilan dan penghantaran”. Tempahan boleh dibuat dengan mudah dengan mengimbas kod QR pada kenderaan mereka.

Sebaik sahaja tempahan disahkan, wakil 21North Europ Assistance yang paling hampir akan ditugaskan untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut. Beliau akan pergi ke lokasi dengan mematuhi segala protokol keselamatan termasuklah penjarakan sosial, sanitasi, penggunaan pelitup muka dan sarung tangan. Pemilik kenderaan boleh menjejaki dan memantau status kerja yang sedang dilaksanakan dengan mudah secara digital. Mereka juga mempunyai pilihan untuk membuat bayaran secara dalam talian bagi pengalaman tanpa sentuh yang lancar.Perniagaan automotif kini berpeluang meningkatkan hasil pendapatan dan kesetiaan pelanggan di Malaysia menerusi perkhidmatan hingga ke pintu pelanggan oleh 21North Europ Assistance.

Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan dijangka akan menjadi kebiasaan pada masa akan datang, memandangkan pemilik kereta ingin mendapatkan perkhidmatan servis profesional yang dibuat secara mudah dan selamat dengan pertimbangan yang sewajarnya terhadap prosedur operasi standard COVID-19. Antara ciri-ciri lain platform 21North Europ Assistance termasuklah pandu uji kenderaan baharu dan sewa beli secara terus ke lokasi pelanggan – segalanya dibuat secara maya.

“Dalam menjalankan usaha sama dengan peneraju automotif global semasa berada di fasa kritikal, kami dapat saksikan impak yang begitu ketara dari segi pengekalan pelanggan, pengurangan kos, penggunaan ruang dan jumlah perniagaan di kalangan klien kami. Kemudahan dalam menghubungi pemilik kenderaan dan bakal pelanggan walau di mana sahaja mereka berada menerusi 21North Europ Assistance merupakan kunci bagi penskalaan yang bijak dan bertanggungjawab,” kata Nitin Mehra, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Asia Tenggara di 21North.

Platform 21North Europ Assistance menggunakan teknologi berasaskan lokasi, data masa nyata, kecerdasan buatan dan komunikasi terhubung dari hujung ke hujung, untuk membawakan perkhidmatan bantuan kenderaan yang pantas, selamat dan inovatif kepada klien dan pemilik kenderaan.

Kini, lebih 15 bengkel dan pengedar telah mendaftar bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut. Nilai tambah yang dibawakan oleh perkhidmatan pengambilan dan penghantaran ini membantu mereka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pada masa yang sama membantu mereka mendahului pesaing mereka.

“Alat perisian boleh skala, modus operandi yang diperhalus dan pengetahuan domain yang mendalam merupakan kekuatan kami yang membolehkan kami mengatur perkhidmatan kami di pasaran baharu dengan lebih cepat. Kami yakin bahawa perkhidmatan kami akan dapat membantu membawakan nilai tambah kepada pemilik kenderaan dan perniagaan automotif di Malaysia,” kata Philippe Demangeat, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Asia Tenggara di Europ Assistance.

21North Europ Assistance mengajak semua untuk merasai pengalaman yang dibawakan oleh penyelesaian yang selamat tanpa sentuh, tidak menyusahkan dan dipacu oleh teknologi digital dengan menghubungi kami di emberc@europ-assistance.my

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, anda juga boleh melayari https://21north.world.

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *