4 Top Achievers Meeracle Terima Habuan Kereta Mewah

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapalah Yang Tahu!, Ini dapat digambarkan kepada 3 orang Top Achievers Meeracle berjaya membawa pulang masing-masing sebuah Kereta Mewah Mercedes Benz C200 manakala 1 orang menerima Mercedes Benz C300 selepas berjaya mencapai sasaran jualan sehingga jutaan ringgit setahun.

Meeracle jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran mengadakan majlis penyerahan kunci kepada semua wakil jualan yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang kempen “Menjadi Dengan Meeracle” yang dijalankan pada tahun 2018.

Majlis eksklusif ini diadakan baru-baru ini pada 28 Mac 2019 lalu di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.dan bertujuan untuk mengotakan janji pihak syarikat bagi menghadiahkan 4 buah kereta mewah Mercedes-Benz kepada keempat-empat wakil jualan.

Pihak syarikat berharap semua wakil jualan akan lebih bersemangat untuk memajukan diri dan bersama mencapai misi syarikat pada tahun 2019. Majlis itu dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pengasas Meeracle, Puan Meera Nordin dan diteruskan dengan majlis penyerahan kunci kepada ke semua master stokis yang telah memenangi Mercedes-Benz tersebut.

Kempen “Menjadi Dengan Meeracle” itu telah dijalankan dari Julai 2018 ke Januari 2019. Kempen ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada semua wakil jualan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi dalam mencapai target jualan masing-masing. Ketua Eksekutif Pemasaran Meeracle, Cik Fitrah Ahmad menjelaskan di dalam temu bual bersama media bahawa kempen ini akan diteruskan lagi pada tahun 2019 dan pihak syarikat mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang lagi wakil jualan Meeracle akan berjaya mencapai target Meeracle untuk memiliki kereta mewah pada tahun 2019 dan seterusnya.

ni bermakna, Meeracle akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka sejajar dengan misi Meeracle untuk memperkasakan taraf hidup para wanita bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia yang lain. Meeracle juga akan terus memonopoli industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik.

Sebarang info lanjut bolehla ke Instagram Meerale dan laman web rasmi di www.meeracle .com.my.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *