Mr. Big Masih Berbisa

Pada November 1994, kumpulan yang dianggotai oleh Eric Martin (penyanyi), Paul Gilbert (gitar), Billy Sheehan (bass) dan Pat Torpey (dram) ini telah mengadakan konsert sulung mereka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Selepas hampir 23 tahun, band hard rock antarabangsa popular, Mr Big kembali ke Malaysia menerusi “Konsert Mr Big Live In Malaysia” yang telah berlangsung di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu.

Konsert Mr.Big Live in Malaysia 2017 yang akan bermula pada pukul 8 malam itu adalah anjuran Plan 7 Production sebagai tanda menyokong album baru mereka yang berjudul Defying Gravity.

Tepat jam 8 malam penonton sudah mula memenuhi segenap ruang di Mega Star Arena, ternyata mereka yang hadir kali ini terdiri daripada pelbagai usia.  Ada yang muda remaja malah ada yang mungkin seusia dengan anggota kumpulan Mr Big.  Inilah penangan muzik rock yang tidak kenal usia malah apa yang penting jiwa serta naluri cintakan muzik.

Jam 8.20 malam peminat seakan histeria apabila melihat wajah-wajah ikon mereka berada di atas pentas, tampak berbeza Mr Big tampil dengan imej yang lebih kemas dengan seragam hitam tanpa rambut panjang namun masih tersemai intipati rock dalam diri mereka.  Tanpa berlengah mereka terus melontarkan lagu yang berjudul Daddy, Brother, Lover, Little Boy yang lebih bernuansakan genre hard rock bagi memanaskan suasana.

Paul Gilbert

“Apa Khabar Kuala Lumpur..Apa Khabar Malaysia” itu lah ungkapan yang di lontarkan oleh Eric Martin selepas berakhirnya persembahan lagu pembuka tirai.  Tanpa banyak bicara Mr Big terus melontarkan lagu American Beauty dan Undertow yang masih lagi berbaur hard rock.

Biarpun mereka semakin berusia namun corak permainan muzik cukup konsisten, bertenaga malah setiap dari mereka cukup teliti dengan instrumen masing-masing.  Apa yang membanggakan mereka cukup komited dengan karier sebagai penghibur lantaran it uterus menghamburkan beberapa buah lagu lagi antaranya Alive and Kickin’, Temperamental, Just Take My Heart, Take Over, Green-tintet Sixties Mind, Everybody Needs A Little Trouble dan Price You Gotta Pay.

Pentas kemudiannya di beri kepada Paul Gilbert untuk beliau beraksi bersama gitar disamping memperlihatkan kehebatan skil beliau.  Mungkin ini fenomena biasa yang di lihat sewaktu kita hadir menyaksikan sebuah konsert rock, namun keghairahannya kini adalah klimaks kepada energi serta keseriusan beliau bersama jentaranya.

Billy Sheehan

Jika di set pertama hadirin di buaikan dengan lagu-lagu yang berentak hard rock, kini Mr Big membuai halwa telinga dengan lagu-lagu yang berentak slow rock, ballads dan blues antara lagu-lagu tersebut adalah Open Your Eyes, Forever & Back, Wild World, Promise Her The Moon, Damn I’m In Love Again, Rock n Roll Over dan Around The World.

Hadirin yang sedari awal terpaku di kerusi yang disediakan seakan tidak lagi merasa selesa apabila lagu Wild World dipersembahkan, lantaran itu Eric Martin meminta agar hadirin berdiri seraya melontarkan bait lirik mengikut melodi tanpa di pinta.  Seluruh dewan bergema dengan lontaran vokal daripada hadirin.

Eric Martin (penyanyi) dan Pat Torpey (dram)

Sekali lagi line up Mr Big meninggalkan pentas dan kali ini mereka memberi ruang kepada Billy Sheehan selaku bassis mempamerkan kehebatan beliau beraksi bersama instrumen kesayangannya.

Addicted To That Rush membuka tirai untuk segmen berikutnya, kali ini Eric meminta agar semua hadirin berdiri dan tidak lagi terpaku di kerusi yang disediakan.  Hadirin secara spontan akur dengan permintaan vokalis kesayangan mereka dan apa yang mengujakan Mr Big membawa lagu yang pastinya mendodoi perasaan, To Be With You.  Lagu yang menjadi trademark Mr Big untuk memancing peminatnya.  Sekali lagi ruang Mega Star Arena bergema dengan kombinasi lontaran vokal penonton dan juga Mr Big sendiri.

Colorado Bulldog sebuah lagu yang sarat dengan mesej yang tersirat kemusiannya dipersembahkan, selepas itu tampil pula dengan lagu We’re An American Band dan lagu yang menjadi pelaksana kepada konsert ini dirialisasikan adalah Defying Gravity dimana ianya menutup tirai persembahan Mr Big kali ini.

Sebuah pengakhiran yang meningalkan momen manis buat 2000 peminat setia Mr Big di Malaysia yang cukup setia dengan layanan dan karenah kumpulan pujaan mereka.  Sungguhpun ‘set up’ pentas yang ‘simple’ namun kualiti bunyi yang di rencanakan oleh seorang wanita mampu memegunkan ribuan peminat yang membanjiri lokasi konsert.  Sistem cahaya yang di orentasikan bersama melodi yang di lontarkan juga dilihat cukup ikonik dan meninggalkan kesan di hati para hadirin.

Konsert yang berdurasi selama 2 jam 30 minit itu di rasakan seakan baru sahaja berlangsung, tanpa noktah ‘rehat’ setiap apa yang di persembahkan membuatkan hadirin mengimbau kenangan  dengan rangkaian lagu-lagu yang dipetik daripada album Mr Big pada 1989, Lean Into It (1991) dan Bump Ahead (1993). Album-album ini mengandungi lagu-lagu malar segar seperti Anything For You, Just Take My Heart, Green Tinted Sixties Mind, Wild World, Promise Her The Moon, To Be With You dan Alive & Kickin’.

Selain tiga album ini, Mr Big turut tampil dengan album Hey Man pada 1996, Get Over It (1999), Actual Size (2001), What If…(2011) dan …The Stories We Could Tell (2014).

Bezanya kali ini Mr Big menggunakan khidmat Matt Starr selaku pemain dram untuk siri jelajah Defying Gravity.  Selain Kuala Lumpur, Mr Big turut singgah di Manila dan Singapura. Selain itu, mereka turut mengadakan konsert di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

*Kredit photo to cipotredz

*All photos are using Canon #5DMIV

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *